Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Brotherhood Ride Ke Alor Setar

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-24
in BULETIN, UTAMA
0

Brotherhood Ride Ke Alor Setar, Kedah

COVID- 19 mencabar kita semua dan seluruh dunia menghadapinya dengan bermacam ujian. Bagi memutuskan rantaian wabak pandemik berbahaya ini, kerajaan Malaysia mengumumkan Perintah Kawaan Pergerakan. Selepas PKPB, kerajaan Malaysia memberi kelonggaran sedikit demi sedikit. Sejak April sehingga Jun lalu, kelab-kelab motosikal dan peminat dua roda rindu untuk menunggang jentera masing-masing.

Setelah kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kelab-kelab permotoran mula membuat rancangan untuk menunggang dan memanaskan jentera 2 roda masing-masing kerana terlalu lama tidak menunggang. Begitu juga AJK dan ahli-ahli Asia Botherhood Bikers (ABB) yang diketuai YB Dato’ Seri Razel Razak dan Terengganu SMART Bikers @ TSB (SMART – Smart Motoring Association Riders Terengganu) yang diketuai En Ahmad Tarmizi Muhammad. Kedua-dua kelab bersetuju bergabung untuk menganjurkan ride amal ke arah Utara, Kedah.

Tarikh ride amal yang dipilih oleh AJK Asian Brotherhood Bikers bersama AJK Terengganu SMART Bikers untuk bawa ahli kelab dan rakan mereka ialah pada 10 Julai 2020. Lokasi yang menjadi pilihan pula adalah Rumah Budi di Yan diikuti Kunjung Hormat kepada YDH DATO’ Zainuddin Yaacob Ketua Polis Kontijen Kedah. Lebih kurang 7 buah motosikal dari kelab ABB bergerak dari Kuala Lumpur selepas jam 12.00 petang menuju ke utara Kedah. Manakala kelab TSB pula bergerak seawal 9.00pg selepas sarapan dari Kuala Terengganu lebih kurang jam 10.00 pagi. Sebanyak lebih kurang 20 buah motosikal menuju ke Kota Bharu melalui Jeli, Grik, Baling.

Kedua-dua kelab selamat sampai di Restaurant D’Top Gurun Kedah lebih kurang jam 5.00 petang, seterusnya bersama-sama bergerak ke HUG Club House di Kubang Rotan. Konvoi tiba sekitar jam 6.30 petang dan disambut oleh Hj Ahmad Tarmizi Hj Mohd Saad (Pak Tat) yang merupakan Presiden Harley Utara Group. Jamuan makan malam disediakan untuk peserta konvoi. Selesai jamuan makan malam, separuh peserta dari Terengganu menginap di cabin stay HUG Kelab House dan selebihnya bersama Asia Brotherhood Bikers menginap di The Leverage Business Hotel Mergong , Alor Setar Kedah. Jarak hotel lebih kurang dalam 20 minit dari HUG Club House.

Pada keesokan harinya, sekitar jam 10.00 pagi, semua peserta konvoi berkumpul di HUG Club House untuk sarapan pagi. Lebih kurang jam 11.30 pagi, para peserta bergerak ke Rumah Budi di Yan (Badan Usaha Didikan Anak Anak Yatim Kedah) diiringi pengiring polis trafik Alor Setar. Konvoi selamat sampai di Rumah Budi Yan dan disambut Pengerusi dan kakitangan bertugas bersama anak-anak yatim yang terdiri dari seramai 35 penghuni putera dan 35 penghuni puteri.

Selesai kata-kata aluan, para peserta dihidangkan makan tengah hari yang turut berlangsung penyerahan sumbangan dari En Ahmad Tarmizi (Presiden Terengganu SMART Bikers) kepada Rumah Budi. Seterusnya, para peserta bersiap bergerak menuju ke kaki Bukit Gunung Jerai. Sampai di kaki Gunong Jerai, para peserta disambut En Mohsin Bin Hj.Ishak, tuan punya kebun durian di Kampong Sungai Badak, Gurun Kedah. Sekali lagi para peserta dihidangkan dengan bermacam jenis durian dari kebun ini.

Selesai makan durian, YB Dato’ Seri Razel Razak (Presiden ABB) dan En. Ahmad Tarmizi (Presiden TSB) diberi peluang untuk menanam anak pokok durian jenis Duri Hitam yang harganya mengalahkan jenis durian lain di serata Malaysia. Selesai acara santai di kaki Bukit Gunong Jerai, para peserta bergerak balik ke Alor Star. Majlis makan malam sempena Kunjung Hormat YDH Dato’ Ketua Polis Kedah diadakan di HUG Club House dan sebelum majlis selesai, pertukaran cenderahati antara Asia Brotherhood Bikers dan Terengganu SMART Bikers telah diadakan.


Pada 12 Julai 2020, selepas sarapan pagi, para peserta konvoi berkumpul di HUG Club House untuk bergerak ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kedah di Alor Setar untuk acara mengunjung YDH Dato’ Zainuddin Yaacob Ketua Polis Kedah. Konvoi diiringi pengiring polis trafik selamat sampai di perkarangan IPK dan disambut para pegawai tinggi jabatan PDRM. Peserta konvoi dijemput ke dewan untuk majlis salam hormat kepada YDH Dato’ Ketua Polis Kedah dan jamuan makan tengah hari. Selesai ucapan kata-kata aluan daripada YDH Dato’ Ketua Polis, para peserta menjamu selera dan dihiburkan okestra PDRM Kedah.

Kemudian, acara diteruskan dengan penyampaian cenderahati dari Asia Brother Bikers kepada YDH Dato’ Ketua Polis dan YB Dato’ Seri Razel menyampaikan Sijil Ahli Kehormat Asia Brotherhood Bikers dan juga cenderahati dari Terengganu SMART Bikers kepada YDH Dato’ Ketua Polis. Dalam majlis ini juga turut diadakan pelancaran MOTORCADE 2020 – JSPT IPK Kedah & MBI Marshall yang diketuai YM Ku Rashidi Wan Teh. Acara ini akan diadakan di Teregganu pada 24 sehingga 26 September 2020.

Sejurus selepas majlis selesai, para peserta bersiap sedia untuk bergerak pulang ke Terengganu. YDH Dato’ Zainuddin Yaacob berserta rider dari Kelab Polis on Bike mengiringi konvoi Terengganu sampai sempadan Baling/Grik. Kelab Asia Brotherhood Bikers bergerak balik ke Kuala Lumpur. Allhamdullillah, kedua-dua konvoi selamat sampai ke destinasi masing masing.

Selesai sudah ride Brotherhood di Alor Setar, Kedah. Insyallah, pada September nanti JSPT IPK Kedah dan MBI Marshall akan berkonvoi ke Terengganu dan disambut Terengganu SMART Bikers.

Disediakan oleh : ~kNor~

YM Ku Rashidi Wan Teh , menerima cenderahati drp. En Ahmad Tarmizi – President TSB

 

YB Dato’ Seri Razel Razak menyampaikan cenderhati kepada YDH Dato’ Zainuddin Yaacob

 

Ketibaan YDH Dato’ Zainuddin Yaacob – Ketua Polis Kontinjen Kedah di sambut YB Dato’ Azizan

 

YB Dato’ Seri Razel Razak bersama En Mohsin B Hj. Ishak , acara tanam anak durian DURI HITAM

 

YB Dato’ Seri Razel Razak bersama pengiring polis trafik Alor Setar, Kedah

 

En Ahmad Tarmizi – President Terengganu SMART Bikers , acara tanam anak pokok durian DURI HITAM

Previous Post

E-Scrambler Ducati; Motor Atau Basikal?

Next Post

Anak Ayah; Azua Dan Yamaha Stryker Berpisah Tiada!

Next Post

Anak Ayah; Azua Dan Yamaha Stryker Berpisah Tiada!

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved