Nitrocycles yang berpusat di Madrid berjaya menghasilkan beberapa motor kustom. Tidak kurang juga, menukar jentera lama menjadi sebuah motor kustom yang jauh lebih berkuasa dan tidak melampau kalau dikatakan tampil lebih ranggi dan seksi. Antara motor yang pernah menjadi projek mereka adalah Suzuki GS850 dan motor Honda CB750 F2.
Satu lagi projek motor kustom yang telah berjaya dihidupkan kembali oleh Nitrocycles iaitu sebuah motor BMW K100RS keluaran tahun 1986. Ia dihidupkan semula oleh enjin 4-lejang dengan penyejukan cecair DOHC, menguasakan bersesaran besar 987cc. Kira-kira sekitar 8,000 rev, ia menghasilkan sehingga 90hp dan tork 86Nm pada 6,000rpm.
Dipadankan pula dengan transmisi 5-kelajuan dan menyerahkan kemantapan enjin ke shaft final drive yang membolehkan K100RS ini memecut 0-62mph (0-100 kph) dalam masa hanya 4.3 saat. Manakala, kelajuan tertinggi yang dicatatkan adalah tidak kurang dari 136mph (220 kph). Ok, cukup dari sudut teknikal?
Sebagai permulaan, Nitrocycles terlebih dahulu mencuci enjin dan menerima bahagian dalaman yang baharu termasuk penutup enjin yang telah dibersihkan. Seterusnya, stok sub-kerangka telah dibetulkan untuk menampung bahagian ekor gentian kaca yang telah dihasilkan secara in-house, begitu juga dengan tempat duduk tunggal kulit yang telah diubahsuai. Kemudian, lampu hadapat bergaya retro telah dipasangkan dan juga fairing klasik di hadapan dari Ducati SuperSport.
Bercakap tentang lampu pula, unit lampu belakang yang baru telah digunakan dari aftermarket yang memegang lampu belakang tanpa penambahan apa-apa yang visual. Bahagian kokpit dikenakan sepasang pemegang bar clip-on dan speedometer digital di belakang cermin penghadang angin. Selain itu, beberapa penambahan lain juga sangat membantu peningkatan motor ini dari sudut prestasi seperti fork yang dibina semula, monoshock Hagon dan tayar berkualiti tinggi di depan dan belakang.
Akhir sekali, pod filter yang membolehkan enjin bernafas lebih bebas, dilengkapi pula dengan muffler Akrapovic. Lebih menarik lagi, keseluruhan struktur ini telah dibalut dengan warna dua ton, gunmetal grey dan satin black!
Sumber : Autoevolution