Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Bersemangat Untuk Mengekalkan Kedudukan Di Tangga Teratas Untuk Kategori CP125

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-09-15
in BULETIN, UTAMA
0

Setelah tiga kali berturut-turut menaiki podium di tempat pertama bagi tiga pusingan lepas, Md Shafiq Rasol dari pasukan ONEXOX TKKR RACING TEAM lebih bermotivasi untuk ke pusingan kelapan Kejuaraan PETRONAS Malaysia Cub Prix, 2022.

Persembahan Shafiq sepanjang musim ini di kategori CP125 lebih dari memuaskan. Sejak permulaan tahun lagi, beliau telah menampilkan prestasi yang baik bermula dengan pencapaian di tempat kedua di podium di pusingan pertama. Walaupun tiga perlumbaan yang mengikuti tidak memberikan Shafiq peluang untuk menaiki podium, beliau menggandakan usahanya dan menyapu tempat pertama bagi tiga pusingan seterusnya.

Selepas tujuh pusingan, Shafiq kini menduduki tempat teratas secara keseluruhan dengan jumlah 119 mata. Pelumba yang berasal dari Melaka ini tampak bersemangat untuk mengekalkan kedudukannya dan telah beraksi secara kompetitif pada musim ini.

Pada tahun 2021, Shafiq telah beraksi di kategori CP150 apabila beliau berjaya di tempat ketiga secara keseluruhan pada tahun sebelumnya. Namun begitu, beliau tidak mampu membawa pengalaman berlumbanya ke tahap CP150 dan kembali ke CP125 pada musim ini di mana beliau telah menunjukkan penguasaan jentera dan litar serta penggunaan strategi yang mantap.

Menurut Shafiq, “Pada pendapat saya, Litar Tangkak amat teknikal dan kami sedang berusaha untuk mendapatkan penalaan jentera dengan secepat mungkin. Saya akan buat yang terbaik bersama-sama dengan rakan sepasukan saya untuk mengutip sebanyak mata yang mungkin untuk pasukan saya.”

“Berlumba di Litar Tangkak ini ada kelebihan dan kekurangan tetapi saya berazam untuk mengulangi kejayaan saya. Ia sememangnya sukar dengan pelumba-pelumba lain yang sentiasa memberikan persaingan yang hebat tetapi saya akan cuba sebaik mungkin.”

Menurut Alizan Thambi, pengurus pasukan ONEXOX TKKR RACING TEAM, “Persiapan kami seperti biasa. Kami cuma ingin mengekalkan momentum kemenangan sebab kita dah hampir menang dalam kategori CP125 samada bagi individu mahupun pasukan. Buat masa kini, kami akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan mata yang cukup.”

“Bagi Shafiq dan Hafiza, kami rasa salah seorang daripada mereka akan meraih gelaran juara cuma bergantung kepada nasib ataupun strategi untuk tiga perlumbaan terakhir ini. Jika salah seorang daripada mereka mendapat tempat pertama minggu ini di Tangkak, untuk individu, kita bolehlah menyambut kemenangan awal. Bagi pasukan pula, kedudukan pasukan premier ini memang baik dan pasukan junior juga dalam kedudukan tiga terbaik. Oleh itu, minggu ini kami akan menempatkan Shafiq dan Hafiza dalam pilihan utama kami.”

Previous Post

Mendahului Kedudukan Keseluruhan, Bakal Kembali Di Litar Tangkak

Next Post

Giat Berlatih Sebagai Persediaan Di Litar Tangkak

Next Post

Giat Berlatih Sebagai Persediaan Di Litar Tangkak

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved