Menghimpunkan kaum wanita yang berminat dalam dunia permotoran, Bunga Rider Pujaan Malaya yang dikenali sebagai BRPM ditubuhkan pada bulan November 2013. Pelbagai aktiviti dilakukan bagi merapatkan hubungan silaturrahim di antara ahli-ahli kelab yang menjurus ke arah kekeluargaan.
Antara aktiviti yang diadakan seperti santai rekreasi Sg Sendat dan menjelajah ke beberapa destinasi terkemuka di Malaysia termasuklah Port Dickson, Pantai Morib dan banyak lagi. Pelbagai respon positif diterima dan ramai berminat untuk menyertai kelab ini.
Berpegang kepada slogan “Bersatu Demi Persahabatan, Bunga Rider Di Hati” anda boleh menyertai kelab ini dengan mengunjungi mereka di laman sosial Facebook Bunga Rider Pujaan Malaya.