Bertempat di Lepak Kampung Talang Kuala Kangsar telah berlangsungnya program Gathering Official ROSE Rider 1 Malaysia. Diadakan pada 13 Disember yang lalu, program ini lebih kepada himpunan sambil mendengar amanat dari presiden secara santai.
Dihadiri hampir 60 orang sahabat ROSE Riders dari seluruh Malaysia untuk mendengar amanat yang disampaikan presidennya, Bro Zass kepada semua wakil wilayah yang dinaungi ROSE Riders Entertainment. Antara isi amanat yang telah diperdengarkan adalah disiplin ahli-ahli, sikap kerjasama berkumpulan dan juga penambahan ahli-ahli.
Selain itu, ROSE Riders juga akan membuka beberapa Zon Daerah bagi setiap Wilayah Persekutuan Malaysia. Diikuti perlantikan dua orang admin dalam Northern ROSE Riders & Perak State ROSE Riders. Bukan itu sahaja, program ini juga memberi ruang dan peluang untuk ahli-ahli mengukuhkan ukhuwah yang sedia terjalin.