Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Berjaya Raih Perhatian Peminat Modifikasi

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-10-03
in BULETIN, SHOW OFF, UTAMA
0

Bagi pencinta automotif dan pengubahsuaian, anda mesti biasa dengan pengubahsuaian ThaiLook atau juga dikenali sebagai mothai. Pengubahsuaian gaya Thai ini merupakan trend dalam kalangan golongan muda yang suka pengubahsuaian.

Adalah diketahui bahawa pengubahsuaian gaya ThaiLook melibatkan penampilan, penggayaan dan cara pengubahsuaian motosikal ala Thai. Malah, ubah suai ThaiLook boleh digunakan pada pelbagai jenis motosikal, sama ada motosikal cub, skuter atau dalam segmen berkuasa besar.

Secara umumnya, ‘ThaiLook’ berkisar berkenaan dengan konsep yang ringkas, rata, bergaya dan paling menarik, ianya diselangi dengan warna-warna terang dan menarik.

Salah satu motosikal yang kini viral dalam kalangan pencinta modifikasi ala ‘ThaiLook’ menjadi milik motosikal adalah milik Muhammad Hazrul Abdul Rahim. Kenapa ia seharusnya diberi perhatian netizen? Kerana motosikal Hazrul baru saja ‘dilahirkan’ namun berjaya meraih beberapa penghormatan di beberapa kejohanan.

Jentera yang diberi jolokan ‘Kawasaki One Piece’ ini merupakan percubaan sulung Hazrul dalam mengetengahkan bakatnya bersama model Kawasaki K150-K dalam dunia modifikasi motosikal peringkat awal.

Lebih berminat untuk mengetengahkan kepada konsep ThaiLook, Hazrul menyifatkan bahawa hanya dengan cara modifikasi, dia dapat meluahkan rasa kepuasan terhadap dunia motosikal selain menjadi hobi di masa lapang.

Bercerita mengenai peringkat awal pembabitan dalam modifikasi motosikal miliknya, Hazrul mengakui sudah membelanjakan ribuan ringgit semata-mata untuk menikmati hasil idea yang benar-benar memberi kepuasan bukan sahaja kepada dirinya malah peminat di luar sana.

“Pada awalnya, motosikal ini dibeli dari sahabat saya sendiri dalam keadaan kurang memuaskan. Sama ada luaran dan dalaman, jentera ini agak teruk ketika saya memiliki pada tahun 2022.

“Dengan harga RM12 ribu, jentera yang dalam keadaan masih standard, saya terjun dalam bidang autoshow tanpa sebarang pengalaman,” ujar Hazrul ketika menceritakan pengalaman pertamanya dalam dunia modifikasi bermula pada penghujung 2022.

Pada pendedahan peringkat awal, tidak banyak kejayaan yang dinikmati oleh Hazrul. Malah pembabitan awalnya sekadar meraih seberapa banyak pengalaman baru menerusi penyertaan dalam bidang autoshow.

Minat Terhadap Model Kawasaki K150-K
Secara teorinya, minat merupakan perhatian yang mengandungi unsur-unsur perasaan. Minat merupakan dorongan atau keinginan dalam diri seseorang pada objek tertentu.

Minat juga membolehkan seseorang berhubungan erat dengan motivasi, sesuatu yang dipelajari dan juga dapat berubah-ubah tergantung pada kebutuhan, pengalaman, serta juga mode yang sedang tren, bukan bawaan sejak lahir.

Sebagai contoh, sesuatu yang sebelumnya tidak diminati, dapat berubah menjadi sesuatu yang diminati kerana adanya masukan-masukan tertentu atau wawasan baru dan pola pemikiran yang baru. Minat biasanya diawali oleh perasaan senang dan juga sikap positif.

Begitu juga dengan Hazrul yang mencari motosikal kegilaannya selama lima bulan sebelum berjaya atas pertolongan sahabatnya. Jenama Kawasaki RR yang mempunyai kod model K150-K sememangnya antara model yang agak sukar didapati apatah lagi untuk mencari jentera dalam keadaan yang memuaskan.

Menurut Hazrul, Kawasaki RR menjadi pilihannya disebabkan reka bentuk chasisnya yang menarik dan disertakan dengan kekuatan enjinnya yang lasak membuatkan anak muda kelahiran Pulau Pinang begitu meminati model ini.

Kolaborasi Dengan Mie Doragon
Selepas menempa nama dan menimba pengalaman peringkat awal, impian Hazrul untuk terus ‘berkarya’ terhadap motosikalnya mendapat sokongan dari pihak luar dan akhirnya Hazrul berkolaborasi dengan pihak Mie Doragon bagi merealisasikan impiannya.

Hazrul, seorang penyelia tapak binaan yang kini menetap di Kubang Semang, Pulau Pinang menyuarakan keinginan dan karya yang diinginkan kepada Mie Doragon. Selama setahun masa diambil pihak Mie Dragon untuk menyiapkan keseluruhan motosikal memandangkan terdapat beberapa kesukaran antaranya sukar untuk mendapat komponen-komponen yang diinginkan.

Menurut Hazrul, keseluruhan jentera ‘Kawasaki One Piece’ diselaputi dengan barangan aloi yang diimport dari negara jiran Thailand memandangkan konsep utama yang digunakan adalah bagi kategori ThaiLook dan airbrush.

Pihak Mie Doragon juga telah menghabiskan belanja hampir RM25,000 setakat hari ini untuk menyiapkan motosikal tersebut. Kos juga dijangka akan meningkat kerana masih ada bahagian-bahagian yang boleh dinaik taraf.

Karya Hazrul dan Mie Doragon telah membuahkan hasil. Penampilan sulung selepas berkolaborasi mereka telah diangkat selaku juara pada satu pertandingan di MAEPS, Serdang bagi kategori Air Brush. Manakala di Santai Anak Utara (SAU), mereka juga cemerlang untuk berada dalam kalangan Top 4 kategori Air Brush Open ketika SAU berlangsung di Kangar, Perlis pada tahun 2023.

Sekilas Info
Gelaran : Kawasaki One Piece
Nama : Muhamad Hazrul (Own / Hazrul)
Asal : Pulau Pinang
Menetap : Kubang Semang
Pekerjaan : Site Supervisor

Spesifikasi Teknikal
Buatan : Kawasaki RR 150 / ZX 150
Model : Kawasaki / KR150-K
Tahun dibuat : 2012
Tarikh Daftar : 21/11/2012
Usia Motor : 12 Tahun
Keupayaan enjin : 148SP
Harga Asal : RM 10,500.00 (tahun 2012)

Kustom
Fork : TOBAKI (Fork lay)
Ekzos : WRC Thailand
Footrest : BOUSHI Thailand
Monoshock : Adjustable RCB
Arm : NUI RACING PROJECT Thailand
Sub Arm : CNC Thailand
Rim : Alloy TAIKOM Thailand 1.4×17 (depan), 1.6×18 (belakang)
Bracket Ekzos : CNC Thailand
Tayar depan : VEE RUBBER 17 Thailand
Tayar belakang : VEE RUBBER 18 Thailand :
Radiator : Standard
Radiator Tank : Alloy CNC Thailand
Caliper depan : 81 Thailand
Master pump : Kawasaki ER6
Pipe Break : 81 Thailand
Break belakang : Drum system CNC Thailand
Seat : Seat Custom Potong Balut Kain Thailand
Sprocket : Custom Nova Dash
Buyong Depan : 125zr CNC Thailand
Buyong Belakang : Custom Nova Dash CNC Thailand
Lidi Rim : Koyo Thailand
Piring Disk : CNC Thailand
Lampu Belakang : Albino Thailand
Lampu Depan : Custom Indonesia
Handle : KRZ Thailand
Crown : KRZ Thailand
Tudung Tank : Alloy TYGA
Suis Handle : Standard
Paip Radiator : Samco sport
Bolt and Nut : CNC Thailand
Cover kulit enjin : CNC Thailand
Head Nasty : CNC
Kaborator : TZM 150
Body : Restore silver

PENCAPAIAN;
-Himpunan Kawasaki @ MAEPS Serdang.
Juara Kategori Airbrush
Ke-2 Kategori Best Colour

-Mega TTS Kapcai Silverlake Batu Gajah
Juara Kawasaki Tercantik Terbuka
Ke-2 Kategori Airbrush Terbuka
Ke-2 Kategori Motosikal 2T Tercantik Terbuka
Ke-2 Kategori Kawasaki Modifikasi Tercantik Terbuka

-MBG Tapak Pesta Pulau Pinang
Tempat Ke-2 airbrush Terbuka
Tempat Ke-2 Best Kawasaki

-Kategori Dua Roda – Stadium Ipoh
Juara 2 Stroke Terbuka

-Kerian Retro Fest
Juara motor tercantik – Kategori 2t Terbuka
Juara Motosikal 2T – Kategori Modifikasi Tercantik Terbuka
Tempat Ke-2 – Kategori Airbrush Terbuka

Ahli Yang Terlibat
Airbrush By Mie Doragon : 0167125297
Engineering By Latip Rahman : 0175027221
Custom By Mie Doragon Airbrush : 0167125297

Previous Post

Bukan Sekadar Meraikan Tetapi Juga Mempererat Persahabatan dan Semangat Brotherhood

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved