Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Berjaya Mencatatkan Kehadiran Seramai 86,754 Rider

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2026-10-16
in BULETIN, UTAMA
0

Penganjuran edisi ketujuh Festival Y15/Y16/135 LC 7.0 2026 sekali lagi membuktikan dominasi komuniti kapcai apabila berjaya menghimpunkan seramai 86,754 peserta motosikal secara rasmi menerusi rekod kiraan di pintu masuk. Acara gergasi dua hari yang berlangsung pada hari Jumaat dan Sabtu, 9 serta 10 Oktober 2026 ini bertempat di Mid Town Perda, Kubang Menerong, Pulau Pinang.

Dianjurkan Kelab Sahabat Permotoran Pulau Pinang yang dikendalikan oleh tiga anak muda tempatan iaitu Apit Ducados, Ku Nazrey dan Fendy Pardy. Penganjuran edisi kali ke-7 ini turut dijayakan dengan kerjasama Perda Venture Incorporated Sdn Bhd, selain menerima sokongan padu daripada rakan-rakan industri permotoran.

Penganjuran kali ini menyaksikan FTG bertindak sebagai penaja utama, manakala jenama-jenama terkemuka seperti RCB, UMA Racing, Espada, Magic Boy dan Petronas Sprinta menjadi penggerak utama acara. Kemeriahan festival ini turut diwarnai dengan penglibatan Tobaki dan Shah Brotherz Motorpart yang bersama-sama menyemarakkan tapak acara.

Membuka tirai pada petang Jumaat, para pengunjung disajikan dengan sesi Sembang Santai bersama Beymad, sebelum suasana sebelah malam disemarakkan lagi dengan persembahan Konsert Rabbani. Pengisian aktiviti diteruskan pada hari Sabtu menerusi sesi Sembang Santai bersama Usop Minyak Hitam Jalanan yang menjadi antara tarikan pengunjung.

Kemuncak festival pada hari Sabtu dimeriahkan dengan majlis perasmian oleh tetamu kehormat (VVIP), YB Dato’ Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN). Kehadiran beliau menyaksikan sokongan penuh terhadap aktiviti dan perhimpunan positif komuniti permotoran tempatan.

Sepanjang dua hari festival berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk para pengunjung. Antara pengisian utama termasuklah pameran Motorshow, cabaran Dyno Battle anjuran Petronas Sprinta serta perhimpunan booth gathering yang meriah di sekitar tapak acara.

Bagi menghargai kehadiran puluhan ribu penggiat permotoran, pihak penganjur turut menyediakan acara cabutan bertuah dengan lebih 200 hadiah menarik. Hadiah utama yang menjadi rebutan ramai termasuklah sebuah kereta Mercedes CLA 180 serta dua unit motosikal Yamaha LC 135 V8.

Secara keseluruhannya, kejayaan Festival Y15/Y16/135 LC 7.0 ini membuktikan keupayaan penganjur muda dalam mengendalikan acara berskala gergasi. Himpunan kali ke-7 ini bukan sahaja berjaya menyatukan komuniti permotoran dari pelbagai latar belakang, malah mencipta lipatan sejarah tersendiri di Pulau Pinang.

Previous Post

Kini Sarat Ciri Canggih, Enjin Lebih Padu dan Gaya Lebih Moden

Next Post

Sorotan Konvoi Merdeka Rs150 Perak Bersama Bateriku Manjung

Next Post

Sorotan Konvoi Merdeka Rs150 Perak Bersama Bateriku Manjung

CAPAIAN

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved