Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Berhenti Sekolah Demi Kelangsungan Hidup

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-01-15
in BULETIN, UTAMA
0


Mungkin anda tidak biasa mendengar teksi motosikal tetapi ia tidak asing di kalangan penduduk Asia dan Afrika di mana separuh dari mereka bergantung pada teksi motosikal setiap hari, sama ada yang menyediakan atau menggunakan perkhidmatan ini. Teksi motosikal menjadi sebahagian pengangkutan awam yang tanpa disengajakan malah, ramai yang mengharapkannya untuk meneruskan kehidupan.

Sebagaimana yang diketahui, tahun 2020 menyaksikan kelumpuhan ekonomi global akibat pandemik covid-19 dan menyebabkan banyak negara mengalami masalah serta penutupan industri-industri besar. Afrika menjadi salah sebuah negara yang menyaksikan penutupan kebanyakan sektor termasuk sekolah sekali gus memberikan banyak masa terluang kepada anak-anak di sana sehinggalah sekolah atas talian dilaksanakan. Beratus-ratus pekerja buruh di beberapa negara seperti Zambia, Mozambique dan Malawi terpaksa berhenti kerja tanpa sebarang pendapatan yang stabil untuk menampung keluarga.

Bukan sahaja itu, para pelajar juga sudah berhenti sekolah dan mendapatkan motosikal untuk memulakan teksi motosikal. Ia sangat jelas, peningkatan mendadak industri teksi motosikal ini adalah ekoran penutupan sekolah dan juga keluarga di Afrika yang berjuang untuk memenuhi keperluan masing-masing. Seperti yang dinyatakan tadi, kanak-kanak di Afrika bukan sahaja tidak dapat menghadiri kelas secara bersemuka malah, mereka juga tidak lagi dibenarkan untuk melakukan aktiviti bersukan iaitu sesuatu yang sangat diminati golongan muda Afrika.

Kebanyakan golongan muda lebih memilih untuk menghabiskan masa di luar dengan mencari pekerjaan termasuk menghantar makanan dari duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa. Tambahan pula, motosikal mampu milik dari negara China juga menjadi punca dan mendorong remaja seawal 15 tahun membeli motosikal sendiri untuk pelaburan masa depan. Mungkin ia nampak bagus tetapi dari sudut jangka panjang, ia boleh mengakibatkan beberapa masalah kerana kunci pembangungan sesebuah negara adalah pendidikan. Tanpa generasi muda yang berpendidikan, pembentukan industri di masa akan datang adalah mustahil.

Jelasnya, sebahagian besar golongan muda di Afrika meninggalkan pembelajaran dan berkhidmat menggunakan motosikal masing-masing bermaksud, mereka tidak akan mendapat pendidikan yang sepatutnya. Tambahan pula, generai tanpa pendidikan hanya mengundang beberapa cabaran dan menambah masalah ekonomi sedia ada. Buat masa ini, tiada apa yang boleh dilakukan golongan muda di Afrika untuk diri sendiri atau keluarga masing-masing. Semoga keadaan dunia akan bertambah baik, sekolah juga akan dibuka dan dalam masa yang sama lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan tidak lama lagi.

Sumber : RideApart.com

Previous Post

Semak Ketulenan Produk KYB Adalah Tanggungjawab Anda!

Next Post

Syarikat Motosikal Perancis Pamer Motosikal Elektrik Versi Terbaharu

Next Post

Syarikat Motosikal Perancis Pamer Motosikal Elektrik Versi Terbaharu

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved