Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Bergelut Di Pusingan Awal, Shafiq Bangkit Sehingga Mencatat Pencapaian Hat-trick

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-11-30
in BULETIN, UTAMA
0

Sepanjang musim ke-29, pelumba-pelumba CP125 telah menampilkan aksi yang hebat dalam mengecapi takhta Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix. Dengan tamatnya pusingan kesembilan, Md Shafiq Rasol dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team dinobatkan Juara dan akan kembali untuk pusingan terakhir pada hujung minggu ini yang akan berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

Pada musim ini, Shafiq telah tampil dengan persembahan yang mantap berbanding dengan prestasinya di CP150 pada musim lepas. Pada acara pembuka tirai yang berlangsung di Litar Sepang, beliau telah menaiki podium di tempat kedua. Bagi tiga pusingan seterusnya, beliau telah bergelut untuk mempertahankan kedudukannya dan “DNF” sekali pada pusingan ketiga.

Namun begitu, beliau kembali hebat pada tiga pusingan seterusnya dengan pencapaian “hat-trick” yang sekaligus meningkatkan lagi pungutan mata kejuaraannya. Pada pusingan kelapan dan kesembilan, Shafiq berjaya di tempat kedua bagi kedua-dua pusingan tersebut. Pencapaian Shafiq pada musim ini telah memaparkan kebolehan dan kemahirannya untuk beraksi di litar teknikal dan litar kelajuan tinggi. Walaupun beliau menghadapi tekanan dan persaingan sengit daripada pelumba-pelumba CP125 yang setaraf hebat dengannya, Shafiq mampu mempertahankan kedudukannya dan berjaya menewaskan pelumba-pelumba tersebut pada perlumbaan akhir pusingan kesembilan.

Menurut Shafiq, “Pada pendapat saya, perlumbaan pada tahun ini amat menarik bagi saya dan dengan prestasi saya yang konsisten, saya mampu mengutip mata yang mencukupi untuk menjuarai kategori perlumbaan ini pada musim ini. Pada musim ini juga, para mekanik dan juga rakan-rakan sepasukan saya telah bekerja keras untuk mendapatkan “setup” jentera yang bagus di mana perubahan yang dilakukan telah membantu saya mengecapi keputusan yang baik bagi setiap pusingan.”

“Peranan saya sebagai seorang pelumba tidak berakhir hanya dengan perlumbaan malah, saya juga banyak memberikan maklum balas mengenai jentera yang amat diperlukan untuk membuat penyelarasan yang bersesuaian untuk litar yang berlainan. Selalunya, saya juga akan membuat persiapan sebelum hari perlumbaan seperti latihan motosikal dan latihan kecergasan.”

Bagi Shafiq, “Keluarga saya sentiasa memberikan saya dorongan, semangat dan sokongan moral yang diperlukan sehingga saya menjadi juara keseluruhan pada musim ini. Saya amat berterima kasih kepada mereka. Tidak lupa juga ahli pasukan saya yang telah banyak membantu saya di setiap pusingan bukan sahaja dari segi penyelarasan jentera malah juga dengan motivasi. Dengan setiap pusingan, saya banyak belajar selok-belok pengendalian jentera dan apa yang paling penting adalah untuk kekal tenang di setiap perlumbaan.”

Previous Post

Blok, Piston Khas Untuk Yamaha 125Z Dan Crankshaft Bagi Honda Wave 125

Next Post

Ditawarkan Dengan Gearbox 5 Kelajuan, Cherry Edition Tampil Ciri-Ciri Klasik

Next Post

Ditawarkan Dengan Gearbox 5 Kelajuan, Cherry Edition Tampil Ciri-Ciri Klasik

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved