MForce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan secara rasminya Benelli Best-Shop yang kedua di Selangor dan keenam di Malaysia. Benelli Best-Shop ini dimiliki oleh P & U Cycle (M) Sdn. Bhd, selain mempunyai ruang pameran terbesar di Malaysia untuk motosikal Benelli, ianya juga dilengkapi dengan kemudahan pusat perkhidmatan selepas jualan iaitu kaunter penjualan alat ganti tulen dan proses penyelenggaraan motosikal Benelli.
Sejak tahun 2017, motosikal Benelli telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari peminat-peminat motosikal di seluruh Malaysia. Pelbagai model telah diperkenalkan dengan harga yang sangat kompetitif dan mematuhi standard piawaian Euro yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Terbaru adalah model Benelli Imperiale 400i yang bereka bentuk klasik dan bergaya.
Benelli Best-Shop ini juga akan memberi kemudahan kepada pengguna motosikal Benelli di sekitar negeri Selangor untuk mendapatkan perkhidmatan waranti, penyelenggaraan berjadual serta alat ganti tulen, dengan lebih mudah dan pantas. Rangkaian Benelli Best-Shop di seluruh Malaysia, akan memastikan bahawa semua pemilik motosikal Benelli mendapat perkhidmatan selepas jualan yang terbaik serta boleh melihat secara terus model-model terbaru motosikal Benelli”, kata En. Asri Ahmad, Pengurus Besar Operasi MForce Bike Holdings Sdn Bhd.
“Baru-baru ini MForce telah dilantik sebagai Pusat Ujian Ketahanan pertama di Asia Tenggara oleh QJ Motorcycles Company Limited yang juga anak syarikat kepada Geely Group. Dengan perlantikan tersebut, MForce telah diberi kepercayaan untuk menguji ketahanan motosikal sebelum menjalani proses pengeluaran dan seterusnya diperkenalkan keseluruh dunia.
MForce juga telah menerima anugerah global untuk tahun 2017 dan 2018, bagi pencapaian terbaik untuk kategori “Top Sales Global Award dan Excellent Sales Network Award”. Kami yakin akan memperolehi kejayaan yang sama pada tahun 2019 ” tambah En. Asri Ahmad.
Bersempena dengan pembukaan baru ini, Benelli BEST-Shop Sungai Buloh menawarkan promosi untuk pembelian aksesori, merchandise dan alat ganti terpilih pada 17 November 2019. Pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra dengan artis Malaysia yang menggunakan jentera Benelli iaitu Black Hanifah. Best-Shop Sungai Buloh beroperasi dari 9.00 pagi – 7.00 malam dari Isnin hingga Sabtu dan ditutup pada hari Ahad.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
Benelli Best Shop
P&U Cycle
Lot 19753, Jalan Kuala Selangor,
Bandar Baru Sungai Buloh,
Sungai Buloh, 47000 Selangor.
No Tel : 03 – 6140 3873
Facebook : https://www.facebook.com/malaysia.benelli/
Web : https://malaysia.benelli.com/