Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Benda Boleh Bincang, Buat Apa Gaduh?

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-12-14
in BULETIN, UTAMA
0

Sebenarnya, berada di atas jalan raya memang benar-benar menguji kesabaran. Tambahan pula, bila anda menggunakan jalan raya ketika waktu puncak; di awal pagi untuk pergi kerja, waktu tengah hari (makan tengah hari) dan waktu balik kerja. Lagi memanaskan hati bila pengguna jalan raya tidak sedar kewujudan anda dan memintas tanpa beri sebarang isyarat. Itu memang buat hati panas.

Di sini ada beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda kekal tenang dari bergaduh tak tentu pasal di atas jalan raya.

Rebut Lorong
Sedang anda layan jiwa macam Awie dengan motor Harley Davidson atas jalan raya, tiba-tiba muncul kenderaan lain memasuki lorong yang sama dan menghimpit anda ke tepi. Mungkin mereka tidak sedar atau tak perasan pun kewujudan anda di situ tetapi itu sudah cukup membangkitkan kemarahan. Ya, itu memang kesalahan mereka tetapi tak guna bergaduh. Satunya sebab, kereta jauh lebih berat berbanding motor. Salah sikit, boleh melayang motor dibuatnya.

Bagi mengelak keadaan menjadi lebih tegang, perlahankan motor dan tukar lorong atau beri ruang kepada mereka. Tak perlu berebut-rebut dan fikir yang baik-baik. Mungkin mereka ada hal kecemasan nak cepat sampai. Sakit perut, mungkin?

Dihimpit Lori Atau Trak
Saiz lori dan trak jauh lebih berat dan besar berbanding kereta. Apa yang lebih membahayakan dan perlu diingat sentiasa, mereka ada ruang titik buta yang sangat besar. Pada kelajuan yang tinggi, angin dari lori atau trak ini akan ‘menyedut’ atau menolak motor dan ini amat membahayakan.
Langkah terbaik, cuba kekalkan jarak atau jauhi mereka. Secara peribadinya, saya yang memandu kereta pun tidak berani berada hampir dengan trak atau lori.

Kereta Berhenti Sebelah Motor Depan Lampu Isyarat
Anda mungkin tiba lebih awal dan berhenti betul-betul di depan lampu isyarat. Tiba-tiba ada kereta yang berhenti sebelah anda dan enggan menunggu di belakang. Ia bukan sahaja salah tetapi juga membahayakan. Mungkin anda boleh beritahu mereka untuk berundur sedikit (mustahil terjadi). Namun, kalau itu masih tidak membantu anda berundur sedikit ke belakang. Bila polis datang, biar dia jawab sendiri.

Kereta Depan Terlalu Perlahan
Ini benar-benar menguji kesabaran, lagi-lagi bila kereta di depan bergerak di bawah 20km/j dan membuat jiwa batin terseksa. Mungkin ia nampak tidak membahayakan tetapi keadaan akan jadi sebaliknya bila kenderaan di belakang memecut dalam kelajuan tinggi dan tidak sempat memperlahankan kereta atau menekan brek. Ada masanya, motor yang menjadi mangsa kerana tersepit di tengah-tengah.

Bagi mengelak keadaan ini terjadi, cari peluang dan ruang untuk memintas kereta yang dipandu perlahan tadi secepat mungkin. Anda tidak lagi berada dalam risiko dikepit atau jadi sandwish di tengah-tengah dua kereta tadi.

Kereta Masuk Lorong Tanpa Sedar Kehadiran Motor
Kenderaan yang berkongsi lorong atau laluan dengan motor memang menjaga ruang dan jarak, berbeza dengan kereta yang tiba-tiba melulu dan memasuki lorong tanpa menyedari kehadiran motor. Kadang-kadang mereka lebih berhati-hati dengan ancaman atas jalan raya yang lebih besar seperti lori, trak dan juga perangkap had laju. Penunggang motosikal bukan satu ancaman. Jadi, walaupun mereka menyedari kehadiran penunggang motosikal tetapi tidak menghiraukan dan ini boleh menyebabkan titik buta tanpa sedar.

Berbalik kepada tip pertama tadi, jangan berebut lorong. Berikan mereka ruang untuk memintas kerana macam mana pun, kenderaan besar akan menang. Walaupun dari segi peraturan, mereka tidak boleh melakukan banyak perkara sesuka hati tetapi lebih elok berhati-hati dan bertoleransi. Kalau menang kes mahkamah tapi cedera parah pun tak guna. Betul tak?

Sumber : RideApart.com

Previous Post

Yamaha Lancar Marvel Edition FZ25 Di Brazil!

Next Post

Didatangkan Dalam 3 Warna Pilihan, Harga Bermula RM36,099 Seunit

Next Post

Didatangkan Dalam 3 Warna Pilihan, Harga Bermula RM36,099 Seunit

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved