Setiap kali memulakan perjalanan khususnya di kalangan para penunggang motosikal, masalah yang dihadapi adalah di mana harus menyimpan barang-barang penting seperti telefon pintar. Ada yang menyimpannya di kocek seluar dan satu lagi masalah lain timbul apabila menerima panggilan masuk. Tambah merumitkan keadaan, anda terlupa menukar mode vibration kepada silent. Tak geli-geleman dibuatnya?
Itu salah satu masalahnya, belum dikira lagi banyak benda lain yang disendatkan dalam poket seluar. Di situlah nak simpan dompet, kunci rumah, kunci pejabat dan macam-macam lagi. Habis terhimpit telefon pintar tadi dan bermasalah pula hendak dikeluarkan sekiranya ada panggilan masuk diterima. Kalau anda mengalami masalah yang sama, maka GIVI ada penyelesaiannya.
Beg terbaharu dari GIVI, EA125 Easy-T Range Waist Bag menyelesaikan masalah anda dalam sekelip mata. Tiada lagi masalah telefon terhimpit dalam kocek seluar atau padat dengan macam-macam barang penting lain. Dengan beg pinggang yang berukuran saiz 4 liter ini, ia jauh lebih selesa dan membolehkan anda menyimpan pelbagai barang penting yang lain.
Dapatkan beg ini segera di GIVI Point berhampiran anda, hari ini!