Jika anda warga kota Kuala Lumpur yang berkerja atau berulang alik ke kediaman sekitar ibu negara, pasti akan terpandang dengan kedai motosikal MotoMate Cycle (M) Sdn Bhd yang terletak di jalan Raja Laut sebelum melalui persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah (yang berhubungan antara Jalan Ipoh dan Jalan Chow Kit).
Tiga lot kedai berwarna biru yang terletak berhadapan bekas pawagam Federal Cinema menjadikan Motomate Cycle lokasi yang unik dan strategik buat pengguna dan peminat motosikal yang mahu meninjau mencari jentera baharu mereka.
Merupakan pengedar utama bagi jenama Yamaha, SYM dan Modenas, Motomate Cycle yang sudah beroperasi lebih dari 20 tahun dalam perniagaan menjual motosikal baharu dan lama serta alat-alat ganti pelbagai motosikal juga turut menjual jentera berkuasa tinggi Kawasaki dan pelbagai model Honda. Antaranya model paling hangat yang ada dijual di sini seperti Y15ZR, SYM Vf3i terbaharu, pelbagai model dari Honda dan jentera Kawasaki terpilih.
Promosi juga turut dijalankan bersempena tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang menawarkan pembeli yang layak dengan pakej deposit runtuh. Dua pinjaman kewangan iaitu AEON Credit atau Uni Holdings menawarkan pakej pinjaman yang berbeza dan harga pinjaman yang sangat berbaloi.
Tempoh pinjaman dari 3 tahun hingga 7 tahun akan diberikan kepada pelanggan yang layak. Bagi memastikan pelanggan tidak pulang kosong dengan motosikal idaman mereka, Motomate Cycle akan memberi hadiah 10 barangan istimewa bagi mereka yang membeli motosikal di Motomate Cycle (M) Sdn Bhd.
10 Hadiah Menarik Antaranya :
Topi Kaledar
Visor (Penutup Muka)
Baju Hujan
Bakul atau Kunci Pendua (Pembeli Skuter)
Kunci Pendua Disk
Head RoadTax Cover
Insuran Cover
1 botol Carbon Cleaner (Yamalube)
1 botol Chain Lube
T-Shirt Eksklusif
Wah, sudahlah dijual pada harga runtuh. Dapat pula hadiah-hadiah istimewa. Rugi kalau peluang ini dilepaskan begitu sahaja. Betul tak?
* Hubungi Motomate Cycle atau kunjungi bilik pameran di alamat yang tertera di bawah atau buat temujanji/khidmat nasihat dengan menghubungi Alex Goh; 017 – 3030 133 atau terus ke Motomate Cycle di:
Motomate Cycle (M) Sdn Bhd
No.14, 14-1,14-2, 14-3
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
Tel : 03 – 4041 4641 / 0660 / 0659
Whatsapp : 017 – 303 0133 (Alex Goh)
Emel : motomatecycle@gmail.com