Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Bawa Pulang Jentera Baharu termasuk SYM ADXTG 400 dan Zontes 368

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2026-05-25
in BULETIN, UTAMA
0

PETRONAS Sprinta meraikan para pemenang bersempena Peraduan Raikan Legasi 40 Tahun jenama minyak enjin nasional dalam sebuah majlis penyampaian hadiah semalam. Peraduan yang bermula sejak 1 Februari lepas dan berakhir pada 30 April lalu ini berjaya menarik ribuan penyertaan sama ada dari pengguna sedia ada dan pengguna baharu.

Muhamad Alif Zikry Muhamad Fazli merupakan pemenang termuda berusia 18 tahun dari Juru, Pulau Pinang tidak menyangka berjaya memenangi sebuah jentera SYM ADXTG 400 untuk di bawa pulang ke utara tanahair. Berbekalkan hanya satu penyertaan, Alif yang menunggu panggilan Unit Pusat Universiti (UPU) menyifatkan kejayaan itu sesuatu yang besar dalam sejarah hidupnya.

“Pada awalnya, saya sekadar mahu mencuba menggunakan minyak enjin baharu dan membeli produk mineral F300 untuk motosikal kapcai saya di stesen minyak Petronas, Bukit Minyak.

“Tidak sangka pula, menang motosikal sebesar ini walaupun pada awalnya saya mengimpikan memenangi jentera lebih kecil seperti Y16ZR untuk kegunaan sendiri,” ujar Alif yang bercadang berkongsi momen dan motosikal ini bersama bapanya.

Bagi pemenang hadiah kedua, Tan Teik Sheen dari Puchong, Selangor menyifatkan kemurahan hatinya dengan membeli minyak enjin PETRONAS Sprinta bagi kegunaan sepupu meletakkan namanya dalam senarai pemenang hadiah utama.

“Masa itu, sepupu saya mempunyai kekangan kewangan dan saya dengan baik hati, membelanjakan minyak enjin termasuk menanggung kos upah mekanik,” ujar Tan ketika berkongsi momen sebelum itu kepada penulis.

Ayah kepada dua cahaya mata itu turut berhasrat untuk bercuti dengan menunggang motosikal model Zontes 368G ke Pulau Pinang bersama isteri sebagai tanda kesyukuran atas kemenangan terbabit.

Sementara Shahrul Munir Abdul Rahman dari Ampang, Selangor menyifatkan ia bagaikan satu mimpi dalam hidupnya.

“Saya pernah menolak (reject) beberapa panggilan telefon kerana menyangka ia panggilan dari scammer pada peringkat awal sebelum pihak Petronas berjaya menyakinkannya dengan menghantar beberapa dokumen untuk pengesahan melalui aplikasi pesanan ringkas.

“Tidak sangka pula, panggilan yang diterima cukup ‘serius’ dalam hidup saya,” ujar Shahrul yang pada awalnya merahsiakan kemenangan pada isteri dan keluarga sebelum itu.

Dia (Shahrul) yang hadir bersama isteri dan tiga anak perempuannya pada majlis penyerahan hadiah terbabit, menyifatkan hadiah motosikal Yamaha 135LC membolehkan dia menggantikan motosikal lamanya.

Bagi warden penjara di Negeri Sembilan, Muhammad Fakhrul Razi Faisal kejayaan memenangi sebuah motosikal Yamaha 135LC adalah rahmat dalam kehidupannya.

Bapa kepada seorang cahaya mata hadir bersama keluarga termasuk kedua ibu bapanya, menyifatkan ia sesuatu perkara yang tidak diduga dalam kehidupannya dan beranggapan ‘tuah tidak salah alamat’.

“Terima kasih Petronas Sprinta atas pemilihan dan hadiah ini. Ia bagaikan satu mimpi menjadi nyata,” ujar Fakhrul yang mahu menjadikan motosikal ini sebagai pengangkutan untuk berulang alik ke tempat kerja.

Seorang lagi pemenang utama di kedudukan tempat ketiga, Muhamad Luqman Hasnan berjaya membawa pulang motosikal jenis Yamaha Y16ZR, menyifatkan ia hadiah terbesar yang dimenangi sepanjang hidupnya. Lebih menarik, kesemua 5 pemenang Peraduan Raikan Legasi 40 Tahun turut menerima sebuah topi keledar eksklusif dengan grafik Petronas dari jenama ARC setiap seorang.

Kempen ini merupakan satu tanda penghargaan dari Petronas Sprinta kepada pemilik motosikal di Malaysia yang sentiasa menyokong kuat jenama nasional sepanjang empat dekad dalam industri minyak enjin. Selain itu, jenama ini turut memberikan perlindungan dan prestasi terbaik bagi semua jenis dan model motosikal yang terdapat di atas jalan raya.

Previous Post

Satukan Peminat Permotoran di Bandar Warisan

Next Post

Cub Prix 2026 : Sesi Drama Selekoh Terakhir Sekat Penguasaan Mutlak Yamaha

Next Post

Cub Prix 2026 : Sesi Drama Selekoh Terakhir Sekat Penguasaan Mutlak Yamaha

CAPAIAN

  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved