Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Basikal Roda Tiga ZUV, Tak Cantik Tapi Banyak Kegunaan!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-08-27
in BULETIN, UTAMA
0

Kebanyakan syarikat e-bike mendapatkan komponen dari Asia terutamanya China, malah ada juga yang terus dipasangkan di sana sebelum dihantar kepada pembeli. Basikal tiga roda yang seperti anda lihat sekarang ini merupakan kenderaan paling ideal untuk mengurangkan pengeluaran asap. Ianya diberikan nama sebagai ZUV singkatan kepada zero-emission vehicle. Konsepnya direka oleh EEOS Next dan New Raw.

Konsep bermaksud ia tidak dijual secara komersial tetapi tidak mustahil suatu hari nanti. Kalau diikutkan logik dan keperluan masa kini, ZUV perlu dikeluarkan kerana ia menepati kenderaan yang benar-benar tahan lama, kurang pembuangan dan pencemaran. Ianya lebih mudah untuk diselanggara berbanding e-bike. Paling penting, pelbagai kegunaan.

Kenapa? Lebih dari sebuah basikal roda tiga dan juga e-bike, ianya mirip kepada e-bike kargo. Ia mampu memuatkan dua kali kanda dari beratnya dalam kargo yang didatangkan bersamanya.

Kalau dari jauh pun jelas kelihatan, ZUV tampil seperti basikal kargo tetapi ia boleh dinaiki oleh dua orang seperti sebuah skuter. Kotak di bahagian depannya ialah sebuah kargo yang dilekatkan di atasnya. Jangan tak tahu, kotak itu boleh memuatkan dua kanak-kanak bersaiz kecil. Tak salah kalau ia dijadikan sebagai kenderaan keluarga, kan?

Secara keseluruhannya, berat basikal roda tiga ini adalah 100kg yang boleh memuatkan barang-barang muatan seberat 200kg. Ia juga tahan lasak dan ia adalah fokus utama pengeluarannya. Kerangka basikal ini dicetak dari plastik kitar semula dan ianya dihasilkan dari barang-barang kitar semula. Ini bermaksud, kalau ZUV sudah tidak boleh digunakan ia boleh dileraikan dan plastik yang sama boleh digunakan sekali lagi. Jadi, tiada masalah pembaziran plastik atau pencemaran alam sekitar. Bijak?

Dilengkapi dengan motor 250 watt dengan had laju 15.5mph, ia masih lagi layak diklasifikasikan sebagai sebuah basikal dan boleh menggunakan laluan basikal juga. Bagaimanapun, memandangkan ZUV tidak didatangkan dengan pedal dan hanya bergantung kepada tork, EES menjangkakan ia mampu bergerak sejauh 50 km untuk pengecasan tunggal.

ZUV juga dilengkapi dengan lampu depan dan belakang serta pemapar pada pemegang bar untuk statistik penting seperti caj bateri, kelajuan dan perkembangan trip perjalanan. Mungkin penampilannya agak hodoh kerana berpetak-petak. Namun dari segi kegunaan dan tujuan ia dibina, ZUV jauh lebih baik dan layak untuk masuk produksi.

Sumber : Autoevolution

Previous Post

Imbau Legasi CB750

Next Post

Throwback : Dimeriahkan Dengan Kehadiran Hampir 200 Buah Motosikal

Next Post

Throwback : Dimeriahkan Dengan Kehadiran Hampir 200 Buah Motosikal

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved