Pengeluar motor China telah memuatkan 698cc parallel-twin dari SRK 700 kepada platform cruiser kompak. Jenama dari kumpulan Qianjiang, model QJ Motor memasuki pasaran Eropah pada 2022 dengan mengetengahkan barisan baharu iaitu tiga model roadster. Bagaimanapun, pengeluar China itu mempunyai banyak sumber tambahan bagi meningkatkan kepelbagaian pecahan kontinen lama sebagaimana yang dapat dilihat pada EICMA 2022.
Selain itu, SRV 700 cruiser turut diperkenalkan yang juga ditawarkan dalam 550. Garisan utama motor tersebut yang telah dipanjangkan dari headlight hadapan LED sehingga rekaan pada bahagian belakang telah diinspirasikan dari Harley-Davidson Fat Bob.
Walaupun sebagai sebuah cruiser, pengeluar dari China ini memilih parallel-twin SRK 700 naked bike berbanding V-Twin baharu dengan blok 698cc bersama output maksima 73hp dan tork 46 ft-lb. Bahagian enjin pula mendapat klac multi-disk, suntikan elektronik, penyejuk cecair dan kotak gear 6-kelajuan.
Apabila menyentuh tentang cruise, asas SRV 700 agak konvensional. Sebuah offset penyerap hentak di bahagian kanan dan sebuah inverted fork di bahagian hadapan dengan geometri relatif yang kedua-duanya dipasangkan pada kerangka tiub besi. Diikuti rim lapan jejari aloi 16-inci yang dibalut dengan tayar 130/90 dan 150/80 CST, dua disk 320mm depan dengan kaliper radial 4-piston dan brek disk belakang tunggal untuk sistem pemberhentian.
Selebihnya adalah kelengkapan lain termasuk tempat duduk yang dijahit, lampu LED yang lengkap, meter LCD bulat kecil dan pemegang bar lurus dengan hujung bar cermin yang agak premium. Namun begitu, harganya masih belum diketahui. Jika sedia dipasarkan, harganya pasti tidak bersaing dengan harga Kawasaki Vulcan S dan Honda CMX500 Rebel.
Sumber : rideapart