Baju Hujan Terbaharu Foxdry 05 Kini Sudah Tiba Di Pasaran!

Tidak dapat disangkal lagi, baju hujan keluaran Foxdry menjadi pilihan ramai pengguna khususnya di kalangan penunggang motosikal. Hampir di mana sahaja, pasti ada penunggang motosikal yang memakai baju hujan Foxdry samada Foxdry 03 mahupun Foxdry 04. Jadi, ia bukan sesuatu yang mengejutkan apabila baju hujan keluaran terbaharu Foxdry ini dinanti-nantikan para pengikut tegarnya.

Baju hujan keluaran terkini Foxdry akan dilancarkan pada hari ini dan ia sudah boleh ditempah mulai esok. Dilengkapi dengan lebih banyak ciri-ciri menarik, Foxdry 05 ini lebih bergaya dan istimewa. Pelancaran Foxdry 05 ini sangat tepat pada waktunya memandangkan cuaca sering tidak menentu dan hujan sejak kebelakangan ini. Dalam keadaan begini, amat penting untuk para penunggang menggunakan baju hujan yang bersesuaian demi keselamatan dan dalam masa yang sama selesa dipakai.

Sebagaimana baju-baju hujan keluaran Foxdry sebelum ini, Foxdry 05 menampilkan ciri-ciri menarik antaranya seperti zip berganda untuk lebih perlindungan serta memastikan air hujan tidak menembusi baju ketika menunggang motosikal, lapisan kain sutera untuk mengekalkan kehangatan ketika cuaca sejuk terutama sekali waktu hujan, jalur pantulan di bahu dan belakang untuk memudahkan penunggang dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain dan macam-macam lagi seperti yang disenaraikan di bawah;

1. Perlindungan dalaman / Zip berganda; perlindungan berganda agar air tidak menembusi baju penunggang

2. Lapisan kain sutera mengekalkan kehangatan ketika hujan lebat

3. Poket baju di bahagian dalam; menyimpan barang-barang peribadi serta mengelak dari basah atau hilang

4. Jalur pantulan di bahu dan belakang agar penunggang mudah kelihatan terutamanya ketika hujan

5. kalis air untuk mengelak air masuk ke dalam baju ketika menunggang motosikal

6 . Kelim berpita di hampir setiap sambungan dan jahitan untuk mengelak air masuk ke dalam baju

7. Pengikat pergelangan tangan boleh-laras ikut kesesuaian

8. Terdapat dalam 2 warna pilihan dengan saiz M – XXL

9. Bekas telefon kalis air melindungi telefon berharga dari basah

10. Beg serbaguna yang boleh digunakan setiap masa dengan rekaan ranggi dan bergaya

Diedarkan oleh Great Wall Accessories (M) Sdn. Bhd, baju hujan Foxdry ini dijual pada harga RM95.00(siap pos) untuk seluruh Malaysia. Bayaran sebanyak RM20.00 untuk penghantaran pos ke Sabah dan Sarawak. Pembelian secara COD (Cash On Delivery) turut disediakan dan anda boleh menghubungi Lucas di talian 017-871 2775

Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Great Wall Accessories (M) Sdn. Bhd
Tel: 603 – 6252 0115
Wechat: henghuan6163
FB: https://www.facebook.com/Foxdry
Whatsapp: Lucas 017-871 2775 / Lee 012-399 2259
Email: henghuanmsb@yahoo.com