Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Bagaimana Untuk Mengurangkan Sakit-Sakit Badan?

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-09-30
in BULETIN, UTAMA
0

Apa guna memiliki motosikal tapi hanya jadi ‘perhiasan’ dan diselimut elok-elok di rumah? Setuju atau tidak, kebanyakan pemilik motosikal menyimpan niat untuk menunggang motosikal dengan jarak jauh samada secara solo dan juga berkonvoi bersama rakan-rakan permotoran lain. Apabila memikirkan keseronokan menunggang, masing-masing teruja tapi selepas selesai ada juga yang serik kerana sakit-sakit badan. Anda pernah rasa begitu?

Berikut, beberapa tips untuk penunggangan jarak jauh dan diharapkan dapat memberikan sedikit kelegaan.

Sebelum hari kejadian, sudah tentu anda melakukan pelbagai persediaan bagi memastikan perjalanan lancar termasuk mengenal pasti laluan yang perlu diambil dengan mengambil kira keadaan cuaca. Pakaian yang betul dan sesuai untuk dipakai. Perhentian untuk mengisi bahan bakar dan juga masa yang ditetapkan untuk penunggangan sehari. Jangan lupa untuk memasukan barang-barang penting seperti salinan dokuman untuk itinerari selain dokumen-dokumen penting yang lain.

Walaupun semua persediaan dilakukan sempurna atau hampir sempurna, ada beberapa perkara yang perlu diteliti berkali-kali. Sakit-sakit otot, bahagian bawah yang melecet dan gegendang telinga yang tidak berhenti berdering.
‍
Apabila bercakap tentang jarak jauh, anda memerlukan semua petua tentang penjelajahan motosikal dan bagaimana ia boleh memberikan sakit-sakit badan yang disebabkan perjalanan jauh dan panjang. Namun, jangan sesekali perkara ini membantutkan impian anda untuk menunggang motosikal; terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelak keadaan tidak selesa ini terjadi.

Bina Stamina
What is stamina?
Stamina adalah kemampuan anda bertahan dalam apa juga situasi yang menguji kekuatan fizikal dan mental. Anda hanya boleh membina stamina dengan melakukan senaman serta kerap menunggang motosikal. Sekiranya pergi ke gim, fokus kepada bahagian belakang, bahu serta kaki. Selain itu, digalakkan untuk memakai pakaian yang ketat untuk mengelak sebarang kesakitan otot berpanjangan. Seluar pendek yang ketat menjadi salah satu alternatif terbaik!

Kerap Lakukan Regangan
Tahukah anda, regangan boleh membantu ketenangan yang menjadi kunci utama untuk penunggangan motosikal yang lebih selesa. Cara yang lebih berkesan, mula melakukan regangan beberapa minggu sebelum anda menunggang dan fokus terhadap bahagian otot kerana ia bahagian yang banyak digunakan ketika menunggang motosikal; tangan, lengan, bahu, kaki dan paling penting, bahagian belakang.

Tunggu dulu. Regangan bukan sahaja dilakukan sebelum menunggang, malah anda perlu melakukannya setiap kali berhenti untuk berehat atau mengisi petrol.

Hidrat
Penunggang yang dinyahhidrat menjadi penghalang utama untuk diri sendiri dan rakan-rakan yang lain (sekiranya menunggang dalam kumpulan atau berkonvoi). Justeru, pastikan ada membekalkan air yang secukupnya dan minum pada waktu yang sepatutnya. Jangan meneruskan perjalanan lebih dari sejam tanpa berhenti untuk minum.

Diharapkan tip-tip yang diberikan ini dapat membantu anda membuat persiapan sebelum menunggang motosikal khususnya yang melibatkan perjalanan yang jauh. SELAMAT MENUNGGANG!

Previous Post

Meriah Dengan Permainan Sukan Rakyat!

Next Post

Beberapa Elemen 'Pinjaman' Membuatkan BMW Ini Tampil Seakan Sebuah Scrambler

Next Post

Beberapa Elemen 'Pinjaman' Membuatkan BMW Ini Tampil Seakan Sebuah Scrambler

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved