Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Azroy, Khairul dan Afif Tampil Juara Dalam Race 2 Pusingan Kedua di Sepang

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-07-07
in BULETIN, UTAMA
0

Azroy Hakeem Anuar dari Honda Racing Malaysia menjuarai Race 2 kategori MSBK1000 A dalam saingan pusingan kedua Malaysia Superbike Championship 2025 di Litar Antarabangsa Sepang. Bermula di belakang rakan sepasukan Muhd Helmi Azman, Azroy mula mendahului selepas pelumba Horizon Racing Team, Amir Izzat Rozali terlibat kemalangan awal.

Persaingan sengit berlaku antara Azroy dan Kasma Daniel Kasmayudin (Hong Leong Yamaha Malaysia) sepanjang perlumbaan, saling bertukar posisi hingga ke pusingan akhir. Kasma mendahului masuk ke pusingan terakhir, namun Azroy melakukan pintasan berani di selekoh terakhir untuk muncul juara dengan masa 21’14.641s. Kasma di tempat kedua (21’14.871s) dan Helmi melengkapkan podium di tempat ketiga (21’15.467s).

Manakala untuk kategori MSBK600 pula, Khairul Idham Pawi tampil dominan untuk menjuarai Race 2 di Sepang. Pelumba Honda Racing Malaysia itu bermula di kelompok hadapan dan berjaya mengatasi rakan sepasukan Muhd Irfan Haykhal serta Farres Putra (Hong Leong Yamaha Malaysia) bagi menguasai perlumbaan. Beliau mencatat pusingan terpantas dengan masa 2’12.487s, dan mula melebarkan jurang dari awal perlumbaan.

Nasib tidak menyebelahi Irfan apabila beliau terjatuh pada pusingan ke-4 ketika berada di kelompok dua teratas. Persaingan untuk tempat kedua kemudian menjadi tumpuan apabila Cao Viet Nam (Honda Racing Vietnam) dan Farres Putra saling bertukar posisi dalam aksi yang mendebarkan.

Khairul menamatkan perlumbaan dengan selesa di tempat pertama dengan masa 22’11.685s. Cao Viet Nam meraih tempat kedua (22’22.060s) manakala Farres melengkapkan podium di tempat ketiga (22’22.995s). Irfan yang bangkit semula selepas insiden, menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Sementara itu, bagi kategori MSBK250 A, Ahmad Afif Amran menutup hujung minggu dengan kemenangan berganda di Sepang. Pelumba SUPERFAST JRT X RAPIDO itu memastikan kejayaan penuh selepas turut menjuarai Race 1. Bermula bersama rakan sepasukan Md Akid Aziz di hadapan, Afif menerima cabaran sengit daripada Irfan Ardiansyah (Maeztro NWN SCK Honda Racing) dan Nguyen Huu Tri (Honda Racing Vietnam Team).

Persaingan mula memuncak seawal pusingan kedua apabila Irfan dan Akid saling bertukar posisi. Menjelang pertengahan perlumbaan, Huu Tri pula mengambil alih pendahuluan sebelum Afif bangkit semula di pusingan akhir. Irfan mencuba potongan terakhir di selekoh penamat tetapi melebar, memberi ruang kepada Afif untuk merampas semula tempat pertama.

Afif menamatkan perlumbaan dengan masa 19’37.822s, diikuti rapat oleh Irfan (19’37.933s) dan Akid di tempat ketiga (19’38.215s). Kemenangan ini melengkapkan dua kemenangan berturut-turut buat Afif dalam kategori MSBK250 A di pusingan kedua.

Top 3 Terpantas – MSBK1000 A
1. Azroy Hakeem Anuar – HONDA RACING MALAYSIA (21’14.641s)
2. Kasma Daniel Kasmayudin – HONG LEONG YAMAHA MALAYSIA (21’14.871s)
3. Muhd Helmi Azman – HONDA RACING MALAYSIA (21’15.467s)

Top 3 Terpantas – MSBK600
1. Khairul Idham Pawi – HONDA RACING MALAYSIA (22’11.685s)
2. Cao Viet Nam – HONDA RACING VIETNAM TEAM (22’22.060s)
3. Farres Putra Mohd Fadhil – HONG LEONG YAMAHA MALAYSIA (22’22.995s)

Top 3 FASTEST – MSBK250 A
1. Ahmad Afif Amran – SUPERFAST JRT X RAPIDO (19’37.822s)
2. Irfan Ardiansyah – MAEZTRO NWN SCK HONDA RACING (19’37.933s)
3. Md Akid Aziz – SUPERFAST JRT X RAPIDO (19’38.215s)

Previous Post

Kembali Dengan Lebih Gaya dan Tarikan

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved