Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Awi dan KTM, Lincah dan Lasak!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-02-08
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kelajuan adalah satu keseronokan yang mendatangkan kepuasan bagi mereka yang mendambakannya. Tetapi bagaimana dengan kemampuan diri sendiri? Adakah diri kita mampu mengawal kelajuan? Justeru itu, benarlah nasihat yang selalu kita dengar, “jangan ikutkan kelajuan, tapi cubalah ukur dulu kemampuan diri sendiri.”

Selama ini, pihak Roadstar berkesempatan menemubual seorang yang berpengalaman di dua bidang sukan yang berbeza, tetapi memerlukan kemahiran yang tinggi. Kemahiran yang dimiliki telah membawa beliau ke Amerika dan Eropah serta beberapa negara lain. Team Petronas merupakan satu pasukan yang digeruni pihak lawan setiap kali adanya pertandingan di serata Asia. Ya, pasukan Jet Ski yang diwakili Ahmad Dawi Alias pernah mengibarkan bendera Malaysia di persada Antarabangsa. Ianya merupakan satu amaran kepada negara-negara yang jauh lebih maju bahawa pasukan kerdil dari Asia Tenggara tidak harus dipandang sebelah mata. Kecil-kecil Cili Api!Dengan saiz tubuh badan yang kecil, tiada siapa menyangka beliau juga merupakan seorang pelumba Cup Prix selama 3 tahun. Minat pada jentera tanpa mengira sama ada di darat atau di air telah mendorong Ahmad Dawi melibatkan dirinya secara serius untuk dua-dua aktiviti sukan Jet Ski dan permotoran.

“Saya bermula dengan jentera dua roda, ” ujar otai dari Pantai Timur ini.

Penglibatan beliau secara awalnya ialah sekitar tahun 80-an. Peluang menunggang dan memiliki motosikal Yamaha 80 adalah detik yang tidak dapat dilupakan. Itulah motosikal pertama ditunggang dan dimilikinya. Keraguan saiz badan yang kecil dan ketinggian yang hanya 5 kaki, memaksa ibu bapa beliau berfikir panjang untuk membeli dan yakin sama ada boleh atau tidak beliau menunggang motosikal. Selepas 2 bulan, barulah beliau dapat meyakinkan mereka dan itu adalah pengalaman yang tidak akan pernah luput dalam ingatan jaguh Jet Ski yang mewakili Team Jet Ski Petronas selama 5 tahun.

Zaman berubah, citarasa pun berbeza. Kedewasaan mengajar beliau tentang kepesatan keluaran jentera dua roda yang terkini dan canggih. Kalau sudah minat, pastinya ia sentiasa tersemat di sanubari, maka arus permodenan jentera juga terus diikuti. Tambahan pula sekarang, kemudahan terlalu banyak dan sangat membantu. Sekiranya model motosikal terkini belum ada di pasaran Malaysia, hebahan informasi media sosial sudah cukup mendedahkan segala-galanya. Kemudahan pinjaman untuk membeli motosikal juga sudah mudah diperolehi tidak seperti tahun 80-an dulu. Saya terpaksa mengikat perut, kerja keras demi kerana sebuah motosikal idaman.

“Kami anak kelahiran pantai timur tidak dibenarkan untuk membeli secara ansuran. Pembelian secara tunai sahaja dibenarkan. Teringat kembali semasa saya ingin membeli Kawasaki GPZ 750 dan Kawasaki ZZR 1100. Mati hidup semula, semua kedai tidak benarkan pembelian secara bayaran ansuran atau pinjaman. Nak tak nak terpaksa beli secara tunai,” serius Ahmad Dawi mengungkit kisah silam dalam loghat Terengganu yang begitu pekat.

Beliau juga adalah pelopor motosikal berkuasa tinggi di Kuala Terengganu. Boleh dikira dengan jari pada masa itu motosikal berkuasa tinggi yang ada di negeri Terengganu. Bermula di saat itu, beliau mendapat gelaran baru dan kekal hingga ke hari ini, Awi Pendek, itulah nama yang sinonim dengan fizikal badannya. Menyentuh tentang jentera KTM 690 yang dimilikinya sekarang, beliau meminati KTM setelah menyelidiki tentang penglibatan Jentera KTM dalam Perlumbaan Paris-Dakar. Beliau tidak pernah dengar atau melihat jentera KTM rosak di sepanjang perlumbaan tersebut. Seperti yang diketahui peminat motosikal mahupun kereta, perlumbaan Paris-Dakar merupakan suatu perlumbaan yang memerlukan stamina yang kuat, mental yang tinggi bagi penunggang ataupun pemandu. Apatah lagi jentera yang menyertainya terdiri dari jentera yang lasak dan laju. Sebagai bekas pelumba Cup Prix, motosikal KTM memenuhi ciri-ciri yang dicari beliau.

KTM 690 miliknya tidak mengecewakan. Pikap dan tahan lasak. Ujian dilakukan hampir seminggu dalam pelbagai keadaan. Pengendaliannya cukup mudah terutamanya di jalanraya yang sesak. Memang tidak menyesal memilikinya. Bunyi enjin KTM 690 sudah cukup menggoda dan suspensi mengagumkan.

Jika menunggang Jet Ski, badan dilambung gelombang dan perlu berwaspada ketika merempuh gelombang yang besar, tersilap rempuh Jet Ski mudah terbalik. Begitu juga ketika menunggang motosikal, perlu berhati-hati dengan keadaan jalanraya khususnya ketika pada kelajuan maksima. Silap perhitungan dan kurang fokus, hanya mengundang padah. Pengalaman melanggar kalbod di tengah jalan cukup mengajar Awi Pendek erti waspada. Kejadian berlaku pada tahun 1985, ketika beliau menunggang Yamaha RXS 125. Sakit, perit dan rasa nak bertaubat dari main motor. Tapi bila dah minat, susah nak hilangkan penyakit gilakan motor.

Sebagai seorang usahawan menjual kereta baru dan terpakai, masa bersantai dengan kawan-kawan hanya pada hari minggu. Sokongan penuh dari famili merupakan penyuntik semangat bagi beliau ketika di perlumbaan Jet Ski ataupun semasa menunggang motosikal. Peralihan dari motosikal berat ke era model yang lebih ringan sudah tentu mengambil masa bagi penyesuaian. Kenali dulu motosikal tersebut, fahami karektornya dan paling penting kemampuan enjin motosikal sebelum menunggang secara agresif. Selain dari itu tanyalah diri sendiri tahap kemampuan atau kemahiran yang ada. Berdasarkan aspek-aspek tersebut, beliau mengambil keputusan menambah beberapa aksesori yang perlu pada motosikal KTM ini. Ekzos sudah semestinya kerana KTM perlukan bunyi yang melambangkan identiti tersendiri.

“Sewajarnya, ekzos jenama Leo Vince menjadi pilihan. Perlu ada beberapa perkara asas sebelum menunggang seperti lesen yang sah, pakaian yang sesuai dengan gaya tunggangan yang betul. Displin semasa menunggang baik secara solo mahupun berkonvoi. Motosikal hendaklah sentiasa dalam keadaan yang baik.” Demikian pandangan dan nasihat seorang otai dunia permotoran.

Previous Post

Suomy

Next Post

Majalah Roadstar #53

Next Post

Majalah Roadstar #53

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved