Hujung minggu tidak lagi sama di KipMall Senawang dengan penganjuran KSW S+ Autoshow Himpunan Jentera Dua & Empat Roda 2025 pada 31 Mei dan 1 Jun yang lalu. Acara yang berlangsung selama dua hari ini dihadiri dengan para peminat automotif khususnya motosikal yang datang dari seluruh Negeri Sembilan dan sekitarnya.
Dianjurkan oleh KSW S+ dengan kerjasama Persatuan Permotoran Negeri Sembilan (PPNS) dan Kelab Kereta Warisan (KKW) serta sokongan padu dari pihak KipMall, acara ini telah menghimpunkan pelbagai jentera yang menarik merangkumi kereta dan motosikal daripada pelbagai kategori. Pada hari Sabtu, tumpuan diberikan kepada perhimpunan jentera 4 roda, manakala Ahad pula menyaksikan kehadiran penunggang motosikal pelbagai jenama dalam perhimpunan jentera 2 roda.
Kehadiran tetamu kehormat Yang Di-Pertuan Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan merangkap Penyelaras DUN Paroi, YB Dato’ M K Ibrahim Bin Abd Rahman dan EXCO Pelancongan, YB Puan Nicole Tan Lee Koon memeriahkan lagi suasana. Antara acara yang menjadi tumpuan utama ialah pertandingan Autoshow Kereta dan Motosikal, pertunjukan audio kereta, Himpunan Kereta dan Motor dan juga Minibike Trackday yang dihadiri pelumba Malaysia ClubPrix.
Keseluruhannya, penganjuran acara ini bukan sahaja berjaya memperkukuh semangat komuniti permotoran tanah air, malah membuka peluang perniagaan, perhubungan sosial dan kesedaran keselamatan jalan raya dalam satu platform yang penuh warna-warni. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, pengunjung dan pihak berkuasa yang menjayakan acara ini dengan lancar dan meriah.
Tidak dilupakan juga barisan penaja yang memainkan peranan penting dalam menjayakan acara selama dua hari ini. KSW S+ selaku penaja utama telah mengetuai penganjuran dengan sokongan daripada beberapa penaja bersama seperti Foxdry, Koyoko, FKR, Estremo, Arata, serta majalah Roadstar yang turut bertindak sebagai rakan media rasmi.