Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Arkib : Kembara Khairul, dari Offshore ke K1200RT

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-29
in SHOW OFF, UTAMA
0

Lelaki dan motosikal ibarat perempuan dengan barang kemas, susah dipisahkan. Bila dah terjebak, mengundurkan diri dari arena ini adalah benda paling payah. Dalam dunia motosikal juga, rider terbahagi kepada beberapa kategori. Dari jenis ‘kaki leper’, santai dan kangkang untuk easy rider atau jenis yang memilih motosikal sebagai hobi. Ada banyak koleksi dan model. Setiap satunya digunakan untuk konvoi yang berbeza. Motosikal pertama yang dimiliki Tengku Khairul ialah sebuah Yamaha Y100 Sport kecil. Itu semasa zaman remajanya yang kerap digunakan sebagai tunggangan harian dan hujung minggu. Sekali-sekala bersama teman-teman berpusing sekitar bandar Terengganu. Kenangan lama yang masih tersemat ke hari ini.

Dari situ beliau belajar selok-belok dunia tunggangan dengan membeli sebuah Keeway TX200. Kemahiran tunggangannya diperbaiki dan beliau merasakan tiba masanya mencuba jentera yang lebih lincah. Setelah mendapatkan pandangan kawan-kawan, beliau masuk ke fasa baru dengan membeli sebuah KTM Duke 200. Dalam masa yang sama, beliau masih menyimpan angan-angan untuk memiliki sebuah motosikal touring. Kesibukan tugasnya yang bekerja di pelantar minyak mengehadkan sedikit masa. Apatah lagi terpaksa menguruskan keluarga dengan anak-anak yang semakin membesar. Ini lumrah. Waktu anak masih belum bersekolah, anda terpaksa menguruskan masa. Bila mereka sudah mula mandiri, selalunya ibu dan ayah lebih mudah mengaturkan jadual harian.

Anak yang semakin membesar sama naiknya dengan Khairul yang semakin bernafsu terhadap jentera 2 roda ini. Sekitar tahun 2010, beliau melangkah setapak lagi membeli motosikal ‘B full’ pertama dalam hidupnya, sebuah Yamaha Virago 535 Custom. Kebiasaan bagi penggemar easy rider yang tak beralih arah dan mengakhiri cita-cita dengan Harley Davidson tapi lain pula kisahnya dengan Khairul. Ternyata beliau menggemari sebuah motard/touring. Dengan tawaran menarik Kawasaki yang memperkenalkan Versys pemasangan tempatan pada harga yang berpatutan, beliau membeli sebuah model 650cc yang mengajarnya erti tunggangan lebih jauh. Pelbagai aktiviti mula diatur sejak memiliki Versys ini termasuklah berkonvoi ke serata pelosok semenanjung Malaysia. Dari saat ini, beliau turut aktif bergerak dalam apa juga acara permotoran yang dianjurkan.

Menunggang Versys nyata membuka laluan minatnya yang baru. Dari beberapa buah motosikal yang dimiliki sebelum ini, jiwa beliau seakan sebati dengan motosikal touring. Berkat rezeki dan sokongan dari isteri yang memiliki hobi yang sama, beliau membeli sebuah BMW K1200RT. Pantang ada masa terluang sebaik habis bertugas di offshore, pasti ada sahaja aktiviti santai yang dipenuhkannya. Beliau pernah terlibat dalam Jelajah Merdeka, ride dengan Tabuan Motor, ride ke Thailand dan juga berkonvoi di Perth Australia.

Ini adalah motosikal yang diimpikan oleh ramai peminat konvoi jelajah jarak jauh. Ia bukanlah impian kaki leper kerana torknya rendah, kuasanya linear dan aspek kendaliannya lebih fokus pada jarak jauh dan bukan untuk meratah korner. Paling saya suka ialah posisi tunggangannya yang sangat selesa bak sebuah Goldwing bagi versi yang lebih kecil. RT dikenali dengan enjin boxer 2 silinder yang tahan lasak di samping suspensinya yang cukup selesa untuk perjalanan jauh. Khairul tidak pernah rasa kekok untuk berganding bersama kelab lain. Prinsipnya mudah, bila anda seorang rider, mana-mana rider lain ibarat satu keluarga. Mungkin kelabnya berbeza logo tapi minat yang dikongsi masih sama. Beliau dan isterinya hadir hampir semua acara permotoran dan pameran tanpa mengira model, konsep atau pameran. Asal dijemput, beliau pasti datang.

Kalau dikira dari hari pertamanya ‘bermain’ dengan motosikal berkuasa tinggi, ia tidaklah lama, tapi minat dan kesabaran itu yang saya kagum. Sejak mengenali beliau beberapa tahun lepas, saya boleh katakan bahawa dia antara rider yang ‘low profile’ dan mudah mesra. Kalau lihat pada saiz badannya macam tak percaya dia tunggang sebuah RT tapi inilah dunia 2 roda.

Saya ada seorang brader yang menunggang mungkin lebih dari jenis 20 superbike. Jatuh, patah, calar jangan cerita. Dan kini masih setia menunggang dan ajaibnya dia sebaya ayah saya!

Previous Post

Jadual Padat Tak Jejas Aksi Zaqhwan

Next Post

FKR

Next Post

FKR

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved