Skuter SR160 dari Aprilia yang sesuai di kalangan penunggang muda kerana penampilannya yang moden dengan rekaan gaya Eropah serta pengendalian yang lebih lincah. Pada tahun 2020 telah mengemaskini skuter ini untuk disesuaikan dengan standard BS6 di India dan meningkatkan kapasitinya kepada 160cc.
Ini secara tidak langsung turut meningkatkan prestasinya dengan 10.8 hp dan tork 8.5 lb-ft. Kini, Aprilia dilaporkan bakal menaiktaraf pakej sedia ada yang mematuhi BS6 dan penyejuk tunggal untuk model keluaran akan datang. Ramai menjangkakan, skuter terbaharu SR160 akan memasuki pasaran di India di musim perayaan bermula dari Ogos nanti.
Para pengamal media di India menjangkakan Aprila akan mengemaskini fascia skuter ini dengan lampu utama LED. Kokpit pula dikatakan akan menggunakan kluster instrumen baharu dengan ketersambungan bluetooth dengan naik-taraf drastik untuk speedometer analog, odometer dan trip meter. Selain itu, grafik yang akan dikemaskini mampu meningkatkan lagi gaya skuter SR160.
Sumber : Rideapart.com