Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Aprilia Caponord Jentera Kembara Canggih

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-06-30
in SHOW OFF, UTAMA
0

Nama Aprilia sudah besar dalam dunia motosikal. Syarikat dari Itali ini mempunyai banyak pengalaman dalam pembangunan motosikal dan kebanyakannya diterapkan dengan input yang didapati daripada jentera lumba mereka. Walaupun gaya Aprilia boleh dikatakan unik, sifat jenteranya tidak lari daripada konsep prestasi. Malah, skuter mereka iaitu SRV 850 turut dibangunkan dengan keutamaan kepada prestasi sehingga diangkat sebagai skuter paling berkuasa di dunia.

Di Malaysia, nama Aprilia mungkin sedikit tenggelam tetapi syarikat pengedarnya tetap aktif dan Caponord 1200 adalah yang dikeluarkan. Nama model ini bukan baru tetapi sudah digunakan pada generasi pertama yang menggunakan enjin 1,000cc dan mula dijual pada tahun 2001. Caponord ini dinaik taraf menggunakan enjin 1,197cc.

Secara asasnya, enjin ini adalah unit yang sama seperti yang terdapat pada model Dorsoduro tetapi kuasanya direndahkan sedikit bagi menyesuaikannya dengan Caponord. Dengan jumlah kuasa 125hp dan 114.8Nm tork, Caponord tetap adalah motosikal yang berkuasa dan mampu dipacu secara mudah dalam apa jua keadaan.

Memandangkan ia adalah sebuah motosikal kembara, penunggang diberi tiga pilihan karekter motosikal untuk memastikan ia bersesuaian dengan keadaan jalan dan penunggangan. Sport paling berkuasa dan agresif, Touring juga berkuasa tetapi tidak begitu agresif manakala dalam mod Rain pula, kuasa dihadkan demi keselamatan.

Menjadikannya lebih mudah, pilihan mod ini boleh ditukar sewaktu motosikal masih bergerak dengan menggunakan butang yang berada berhampiran pemegang tangan kanan. Di atas lebuh raya, Caponord adalah sebuah motosikal yang selesa. Walaupun mencecah tahap rpm yang tinggi, getaran enjin tidak terasa kuat dan kedudukan penunggang yang tegak tidak memenatkan, walaupun dinaiki dua orang. Selain tempat duduk yang empuk, turut membantu adalah penghadang angin yang boleh dilaras.

Walaupun sebenarnya penghadang angin tersebut tidak begitu besar, sekurang-kurangnya ia dapat membantu mengurangkan tolakan angin pada penunggang dan boleh mencapai sehingga 210km/j tanpa sebarang masalah. Cuma, penghadang angin ini menggunakan sistem pelarasan manual.

Melihat kepada kedudukan tinggi Caponord, ia sememangnya dihasilkan untuk perjalanan jauh. Tetapi, Aprilia menyuntik semangat sport kepada jentera ini, menjadikan penjelajahan anda tidak bosan. Rupanya yang menyerupai model sport RSV4 juga bagai memberi petunjuk.

Di jalan yang berliku, anda boleh ‘melayan’ selekoh dengan yakin kerana motosikal ini agak stabil dan dibantu dengan pelbagai teknologi canggih. Paling utama dan dikatakan menjadi pendahulu berbanding pesaingnya adalah suspensi elektronik Aprilia Dynamic Damping (ADD). Pada bahagian depan, tekanan suspensi boleh dilaras secara separa automatik manakala di belakang pula automatik sepenuhnya.

Selain ketinggian yang dilaras secara automatik mengikut beban, hentakan dan pergerakan lengan ayun juga diambil kira melalui pengesan yang dipasang. Hasilnya, pengguna tidak perlu risau dengan tahap cengkaman di atas laluan berbeza. Apatah lagi, ia turut disokong dengan sistem Kawalan Cengkaman (TC) yang boleh dilaras kepada tiga tahap.

Juga bagi menjamin keselamatan tambahan, motosikal ini dilengkapi dengan sistem brek ABS. Sekiranya pemandu lebih yakin, sistem ini boleh dipadamkan menggunakan butang yang terdapat pada konsol meter. Dari segi penggunaan minyak, penulis mencatat hampir 160km setelah isian penuh dengan kelajuan purata 150km/j di atas lebuh raya.

Dengan semua ciri ini, Caponord memberikan lebih versatili kepada penunggang. Sama ada anda merancang untuk perjalanan jauh atau menikmati selekoh-selekoh secara bersemangat, ia sedia dibelasah.

Aprilia Caponord 1200
Spesifikasi
Enjin : 1,197cc, empat strok V-Twin, empat injap setiap silinder, Double Overhead
Camshaft, penyejukan cecair
Transmisi : Enam kelajuan, pacuan rantai
Kuasa maksimum : 125hp @ 8,250rpm
Tork maksimum : 114.8Nm @ 6,800rpm
Kapasiti tangki : 24 liter
Brek hadapan : Dua cakera terapung 320mm, angkup Brembo empat piston, ABS
Brek belakang : Cakera 240mm, angkup Brembo satu piston, ABS
Suspensi hadapan : Penyerap hentak 43mm boleh laras sepenuhnya Sachs, Aprilia Dynamic Damping
(ADD)
Suspensi belakang : Lengan ayun aluminium, penyerap monoshock Sachs hidraulik, ADD
Ciri lain : Aprilia Traction Control (ATC), Aprilia Cruise Control (ACC), Aprilia Dynamic
Damping (ADD), beg sisi (29 liter setiap satu)

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 5

Previous Post

Tayar Trazano RAM Sports & RAM30k, Mana Satu Jadi Pilihan, Agresif Atau Jimat?

Next Post

Jatuh Lumba Motocross, Andrea Dovizioso Cedera Dan Selamat Jalani Pembedahan

Next Post

Jatuh Lumba Motocross, Andrea Dovizioso Cedera Dan Selamat Jalani Pembedahan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved