Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Apakah Rasionalnya Sistem ABS Pada Motosikal?

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-09-26
in BULETIN, UTAMA
0

Baru-baru ini, Kerajaan Madani telah mengumumkan bahawa mulai 1 Januari tahun depan, semua motosikal baharu pada enjin berkapasiti 150cc dan ke atas wajib memiliki Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Kenyataan yang diberikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pelancaran Persidangan Keselamatan Jalan Raya Asia (CARS) 2024 adalah bagi membendung perkara-perkara yang tidak diingini berlaku ke atas penunggang motosikal.

Ia juga merupakan langkah insiatif yang diambil oleh kerajaan memandangkan kes kemalangan jalan raya khususnya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal adalah terlalu tinggi di rantau Asia Tenggara ini.

Mengikut data yang dikemukakan, sebanyak 65 peratus daripada jumlah kematian jalan raya sepanjang tahun lalu adalah membabitkan penunggang dan juga pembonceng motosikal. Meskipun kadar kematian menurun daripada 27 peratus pada tahun 2000 kepada 22.5 peratus pada tahun 2019, Malaysia masih kekal dan tergolong negara yang mengakibatkan kematian ekoran kemalangan antara tertinggi di dunia.

Hal tersebut mendorong pihak-pihak berkuasa di Malaysia melaksanakan penguatkuasaan ke atas jentera dua roda berkuasa 150cc ke atas dilengkapi dengan sistem ABS. Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sistem ABS berupaya untuk mengurangkan kadar kemalangan maut sebanyak 31 peratus.

Jadi, dengan inisiatif yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025 ke atas semua motosikal baharu yang berkuasa 150cc ke atas diwajibkan untuk memasang sistem ABS amat digalakkan sekali gus mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia.

Fakta Sebenar Sistem ABS
Sistem Brek Anti Kunci atau Anti-Brek System (ABS) merupakan satu sistem yang dipasang kepada kenderaan termasuk motosikal bagi membantu penunggang berada pada tahap selamat sekali pun ketika menempuh jalan licin atau tatkala melakukan pemberhentian secara mengejut.

Sistem ABS membantu menahan tayar motosikal daripada terkunci sekiranya anda melakukan pemberhentian secara mengejut. Untuk motor yang tidak memiliki sistem ABS, tayar motor boleh terkunci dan sekiranya anda melakukan brek secara mengejut ia mungkin menyebabkan motosikal sukar dikawal sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.

Bagi yang masih belum mengetahui wujudkan sistem brek ABS, penulis merungkaikan bagaimana rekaan dan komponen dalam sistem brek ABS itu sendiri. Tetapi perlu penulis jelaskan definisi ABS itu sendiri supaya pemilik motosikal faham persoalan berkaitan dengan ABS.

Pertama, apakah yang dikatakan dengan ABS? ABS bermaksud Anti-lock Braking System atau lebih dikenali dengan sistem ABS iaitu sistem brek anti-kunci. Selain dari motosikal, sistem ABS ini turut dipasang pada kenderaan seperti kereta.

Apakah kegunaan sistem ABS ini penting untuk dipasang ke atas motosikal? ABS berfungsi untuk mengelakkan roda motosikal dari terkunci apabila si penunggang melakukan pemberhentian secara mengejut. Situasi ini sering terjadi apabila penunggang melakukan brek secara kuat atau mengejut dan mengakibatkan roda motosikal terkunci.

Mekanisme dan Sistem Berkerja ‘ABS’
Pertama sekali sistem ABS mempunyai tiga injap pemberhentian (brek) iaitu injap pertama terbuka sepenuhnya untuk memaksimumkan tekanan bendalir brek yang disambungkan terus ke brek.

Sementara pada injap kedua pula ia akan menyekat tekanan dalam bendalir brek daripada dipindahkan ke brek. Manakala pada injap ketiga pula, ia perlu mengehadkan sedikit tekanan daripada cecair brek supaya hanya separuh daripadanya disalurkan ke brek kenderaan.

Selain itu, ciri ini juga mempunyai pam bagi memulihkan semula tekanan dalam talian brek supaya ia boleh dihantar ke injap brek. Sistem Brek ABS juga mempunyai satu komponen yang dipanggil ‘controller’. Komponen ini berfungsi untuk mengawal injap dan kemudian memproses data daripada sensor kelajuan pada kedua-dua tayar motosikal.

Persoalan yang kerap bermain di minda pemilik motosikal adalah bagaimana cara sistem ABS ini berfungsi pada motosikal? Di sini, RoadStar mengupas serba sedikit agar semua pembaca dan penunggang motosikal dapat memahami cara komponen ABS itu berkerja.

Sistem ABS meletakkan ‘sensor’ canggih dalam ABS yang akan mengesan bila tayar dikunci. Kemudian, modulator akan menerima isyarat secara automatik. Selepas itu, piston brek pada motor akan melepaskan tekanan pada bendalir brek dari kaliper.

Tekanan pada bahagian piston menyebabkan brek akan kembali ke paras biasa jika tayar motor dah mula perlahan. Peningkatan minyak brek juga hanya berlaku 15-50 kali sesaat. Ini tentunya dipengaruhi oleh ciri ABS yang canggih sehingga bila anda membrek secara tiba-tiba, roda tidak akan terkunci.

Kelebihan Sistem Brek ABS Motosikal 150cc Ke atas;
– Keupayaan membrek lebih cekap dan efisien.
– Apabila anda melakukan brek secara mengejut, motosikal akan menjadi lebih stabil serta selamat terutamanya ketika meluncur di jalan licin mahupun berpasir.
– Anda mungkin sukar untuk tergelincir apabila menunggang motosikal dengan sistem ABS lagi-lagi di atas jalan yang licin.
– Geseran roda dapat dikurangkan (sebab tayar tak terkunci) dan ia dapat melambatkan penghausan bunga tayar.
– Sistem ABS dapat membantu anda untuk tidak merasa gayat atau trauma apabila membrek secara mengejut walaupun dalam kelajuan yang agak tinggi dan ia memastikan pengguna motosikal lebih selamat semasa membrek.

Implikasi Pamasangan Sistem ABS Pada Motosikal
Umumnya mengetahui bahawa pemasangan sistem ABS pada jentera motosikal berkuasa 150cc ke atas berkemungkinan menyebabkan harga sesebuah motosikal menjadi lebih mahal berbanding sebelum ini. Perkara ini sedang hangat diperkatakan oleh bakal-bakal pembeli yang mungkin menjadikan kenderaan dua roda sebagai pengangkutan untuk berulang alik ke tempat kerja atau pun sekadar menjadikan motosikal untuk ditunggang di kawasan perumahan sahaja.

Susulan itu, mungkin ramai yang berpendapat bahawa sistem ABS yang wajib dipasang ke atas jentera berkuasa 150cc ke atas adalah satu kerugian sekiranya motosikal itu sekadar dijadikan pengangkutan ke tempat kerja atau membeli barangan dapur berhampiran perumahan pemilik.

Ada kemungkinan juga, sistem ABS yang wajib dipasang ke atas motosikal berkuasa 150cc ke atas bermula Januari 2025 mengundang pelbagai implikasi. Berikut beberapa permasalahan yang mungkin berlaku apabila tiba waktunya.
– Harga motosikal berkemungkinan menjadi lebih mahal berbanding motosikal yang tiada sistem ABS; yang seterusnya menjadi tak berbaloi kepada anda yang tak jalan jauh sangat ataupun jenis menunggang sekitar kawasan perumahan sahaja.
– Boleh menyebabkan kemalangan jika anda membrek mengejut dalam jarak yang dekat sebab sensor ABS tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menghantar isyarat kepada modulator. Oleh itu, motor akan menghentam dulu sebelum sensor berfungsi.
– Sistem ini kurang efisien di jalan yang tidak rata atau berbatu. Apabila sensor ABS terdedah kepada air, sistem mungkin tidak akan berfungsi secara optimum.
– Plat ABS juga berkemungkinan akan berisiko rosak sekiranya anda terlupa untuk membuka kunci yang kebiasaannya diletakkan pada celah-celah lubang cakera brek motosikal.
– Sistem ABS tidak sesuai apabila digunakan pada motor lasak (motocross, dirtbike, offroad) sebab motosikal jenis ini memerlukan brek yang lebih cepat mencengkam untuk melepasi rupa bumi jalan yang curam.

Artikel Oleh : Mohd Izzuddin Kamaruddin

Previous Post

Keluaran Khas Untuk Pasaran Malaysia, Bakal Berada di Semua Kawasaki All-Star Oktober Ini

Next Post

Sambutan Luar Biasa, Capai Objektif Mempromosikan Budaya Permotoran Klasik Dengan Cara Yang Unik

Next Post

Sambutan Luar Biasa, Capai Objektif Mempromosikan Budaya Permotoran Klasik Dengan Cara Yang Unik

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved