Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Apabila Skuter Disuntik DNA Superbike R1M

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2026-07-10
in BULETIN, UTAMA
0

Nama Yamaha YZF-R1M berada dalam kelas tersendiri sebagai jentera flagship litar yang sangat digeruni. Namun, apa akan jadi sekiranya identiti visual sebuah superbike bertaraf kayangan itu dipindahkan pula ke atas sebuah skuter kompak 125cc? Inilah magis yang cuba dibawakan oleh Yamaha menerusi pengenalan model terbaharu, Yamaha Cygnus X Edisi Khas, yang tampil dengan imej mini R1M khusus untuk pasaran Jepun.

Di sebalik lambakan skuter marhaen yang direka sekadar untuk bergerak dari titik A ke titik B, Cygnus X sudah lama mengukir reputasi tersendiri di Jepun dan Taiwan sebagai skuter yang lincah. Walaupun model ini bukanlah yang paling canggih atau terbaharu dalam portfolio Yamaha, ia mempunyai personaliti sukan yang kuat. Komuniti modifikasi yang sangat besar, serta aspek pengendalian yang sentiasa mengujakan. Pengenalan edisi terhad ini dilihat sebagai satu bentuk penghormatan terbaik untuk meraikan legasi model berkenaan.

Dari sudut estetika, varian edisi khas ini mengenakan persalinan warna Matte Grey Metallic 8 atau Titanium Matte yang dipadankan bersama grafik serta corak berinspirasikan R1M. Kehadiran panel hiasan bercorak karbon pada badan skuter ini jelas meniru motif replika perlumbaan sebenar. Bagi melengkapkan penampilan premium tersebut, Yamaha turut memasang emblem khas edisi terhad serta rekaan pelana eksklusif yang menggabungkan material jenis suede dan ton tekstur karbon.

Impak visual jentera kerdil ini diserikan lagi dengan sistem brek yang dilengkapi kaliper berwarna emas serta spring suspensi belakang tunggal berwarna kuning terang. Gandingan komponen berwarna kontra ini nyata memberikan impak visual yang garang, tanpa perlu berpura-pura menjadi sebuah jentera litar yang ekstrem. Menariknya, pendekatan kosmetik ini dirasakan sangat menjadi kerana struktur reka bentuk Cygnus X itu sendiri yang sememangnya sudah sedia agresif sejak awal.

Ramai pihak mungkin cenderung untuk membandingkan Cygnus X dengan sebuah lagi skuter 125cc popular Yamaha, iaitu NMAX, namun kedua-duanya mempunyai karakter yang berbeza sama sekali. Jika NMAX direka sebagai sebuah skuter dewasa yang mengutamakan keselesaan, saiz yang besar dan praktikaliti harian, Cygnus X pula adalah watak yang lebih nakal. Ia dibina dengan kerangka yang lebih kecil, ringan, lincah serta amat mementingkan ketajaman pengendalian di selekoh.

Dari segi mekanikal, tiada sebarang perubahan prestasi dilakukan di bawah kulit skuter edisi khas ini. Kuasa utamanya masih bergantung kepada nadi enjin 125cc silinder tunggal sejukan cecair dengan padanan transmisi CVT standard yang menghasilkan sekitar 11.8 kuasa kuda. Sektor mekanikal ini juga disahkan tidak tertakluk di bawah standard lesen motosikal pemula baharu Jepun (kategori bawah 4.0kW) yang dilaksanakan pada April 2025, bermakna ia memerlukan lesen motosikal penuh peringkat pertengahan untuk ditunggang di sana.

Di pasaran Jepun, Yamaha Cygnus X Edisi Khas ini ditawarkan pada harga cadangan 402,600 yen (kira-kira RM11,000+ termasuk cukai penggunaan 10 peratus) dan dijadualkan tiba ke bilik pameran pada 25 Ogos 2026. Bagaimanapun, unit yang disediakan adalah tersangat terhad kerana Yamaha mengehadkan jumlah pengeluaran kepada 800 unit sahaja untuk seluruh dunia. Jumlah yang kecil ini pastinya bakal meletakkan model ini sebagai sebuah jentera buruan kolektor (rare) dalam masa yang singkat.

Secara keseluruhannya, walaupun pasaran Malaysia mungkin tidak akan menerima kehadiran model ini secara rasmi disebabkan faktor pasaran tempatan, kewujudan Cygnus X Edisi Khas ini tetap menarik untuk diperkatakan. Langkah Yamaha menyuntik sikap dan jiwa superbike ke dalam sebuah skuter bandar membuktikan bahawa kenderaan kecil juga mampu tampil gah. Skim warna ikonik R1M ini berjaya menaikkan gred identiti Cygnus X sebagai sebuah skuter praktikal yang penuh dengan gaya.

Previous Post

IKK Crankshaft Assy, Khas Untuk SRL110 atau SR Lagenda 110!

CAPAIAN

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved