Rekaan Corak Bunga Pada Tayar
Corak bunga pada tayar Angel GT yang diperkembangkan dan menjadi Angel GT II dengan mengambil manfaat dari teknologi istimewa yang ditanamkan khusus untuk produk perlumbaan seperti Pirelli Diablo Rain dan Diablo Wet ; ke dalam pertandingan superbike dunia, yang juga mengambil tempat di permukaan yang basah teruk. Aluran garis bujur berganda di bahagian tengah dan aluran bersudut progresif, menampilkan ciri-ciri yang terdapat pada produk keluaran Pirelli.
Sasaran ciri-ciri ini adalah untuk;
– meningkatkan pemindahan air dan juga keseimbangan penggunaan tayar
– menentukan jumlah getah yang menyentuh permukaan jalan pada sudut ditetapkan. Dalam masa sama, mengekalkan ketepatan pemindahan air
– meningkatkan kestabilan maksima halaju tinggi dengan mengurangkan kesan atau sentuhan torsi pada tapak temu tayar (contact patch)
Untuk maklumat lanjut, hubungi South East Asia Auto Parts Sdn. Bhd 03 – 6250 3411/1536 (HQ) atau 07 – 512 2596 (JB).