Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Akid Semakin Hampir Bergelar Juara

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-10-02
in BULETIN, UTAMA
0

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Dataran Seri Jempol, Negeri Sembilan menyaksikan aksi-aksi sengit serta mendebarkan. Sebagaimana biasa, kategori CP150 menjadi tumpuan dan Md Akid Aziz mengesahkan kemenangan dalam kategori CP150 bagi pusingan 8 pada musim ini.

Terdahulu, pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing itu mencatatkan masa terpantas 44:195s dalam sesi Super-Pole dan mengambil kedudukan grid pertama perlumbaan akhir. Di grip kedua adalah rakan sepasukanya, Ahmad Afif Amran pada 44:389s diikuti Kasma Daniel Kasmayudin dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR dengan catatan masa 44:484s di petak ketiga.

Permulaan perlumbaan akhir, Akid dan Afif pantas memecut ke hadapan untuk memimpin kumpulan, diikuti Md Helmi Azman dari SCK HONDA RACING TEAM di P3. Di P4 dan P5 adalah Kasma dan Md Hafiza Rofa dari ONEXOX TKKR RACING TEAM bersaing untuk kedudukan hadapan. Namun pelanggaran berlaku antara mereka menyebabkan kejatuhan menyaksikan 2 pelumba itu dipintas oleh kumpulan.

Ketika perlumbaan berlangsung, tiga pelumba dalam kumpulan hadapan telah mencipta jarak yang cukup besar iaitu sekurang-kurangnya 10 saat dari kumpulan perlumbaan menyaksikan kedudukan podium dalam genggaman.

Akid memenangi perlumbaan dengan catatan masa 14’49:831s. Afif mengambil tempat kedua dengan catatan masa 14’52:702s. Di tempat ketiga adalah Helmi pada 14’59:548s untuk meraikan kedudukan podium pertama pada musim ini.

Syamil Kekal Dominasi Kedudukan Keseluruhan
Sementara itu, di kategori CP125, pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, Md Syamil Amsyar Md Iffende meraikan kemenangan kedua dalam perlumbaan pusingan 8. Walaupun berada di petak grid kedua pada awal perlumbaan, Syamil tetap berjaya mendahului perlumbaan dengan Md Izam Ikmal Izamli dai PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing yang berada di petak grid pertama.

Di belakang mereka, Md Khairi Asyraf Mahmood dari JETRON Yamaha YYPang Racing team mengekori rapat. Perlumbaan menampilkan aksi kejar-mengejar dan memasuki pusingan 3 Izam berjaya memintas Syamil di P1 dan terus memecut ke hadapan.

Malangnya, Izam yang dalam pemburuan mata kemenangan itu berdepan masalah jentera menyaksikan pencabar kejuaraan itu terpaksa keluar daripada perlumbaan. Syamil tidak mensia-siakan peluang apabila dia berjaya memintas Khairi dan melepasi garisan penamat pada 11’43:733s untuk memenangi perlumbaan sekaligus meningkatkan jurang mata dengan Izam yang mengumpul 98 mata, 36 mata di belakang Syamil.

Khairi raih tempat kedua pada 11’44:814s, manakala rakan sepasukannya, Abdullah Qayyum Abd Razak turut meraikan kedudukan podium pertama di tempat ketiga pada 11’45:410s.

Kemenangan Adib, Hadiah Hari Jadi Buat Papa
Manakala perlumbaan kategori Wira KBS yang cukup sengit menyaksikan pelumba YAMAHA ESTREMO 27 RACING, Md Adib Arsyad Md Hisam memenangi perlumbaan. Kemenangan itu sekali gus merawat duka kegagalan menghadirkan kemenangan di tempat kelahiran Adib di Litar Lumba Tangkak pada pusingan lalu.

Perlumbaan bermula dengan Md Akif Abdullah dari HONDA KC RACING mengetuai perlumbaan, diekori rapat oleh Adib serta Farres Putra Md Fadhill dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING. Pendahulu sering bertukar antara Adib, Farres, dan Akif.

Pada pusingan ke-8, Farres yang mengetuai perlumbaan tidak menyedari ancaman yang bakal mengujinya. Pada pusingan ke-10, Farres dipintas oleh Adib. Di belakangnya adalah rakan sepasukan Adib, Md Akid Md Shah Khearul Nisiam semakin menghampiri.

Akid turut memintas Farres menyaksikan pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING itu ditutup rapat oleh dua pelumba YAMAHA ESTREMO 27 RACING sekali gus meraikan 2 kedudukan podium teratas. Adib memenangi perlumbaan pada 9’30:167s. Akid mengambil tempat kedua dengan catatan masa 9’30:280s. Farres akur di tempat ketiga dengan catatan masa 9’30:511s.

Top 3 Terbaik
Pusingan 8

CP150
1. Md Akid Aziz – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (14’49:831s)
2. Ahmad Afif Amran – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (14’52:702s)
3. Md Helmi Azman – SCK HONDA RACING TEAM (14’59:548s)

CP125
1. Md Syamil Amsyar Md Iffende – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (11’43:733s)
2. Md Khairi Asyraf Mahmood – JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM (11’44:814s)
3. Abdullah Qayyum Abd Razak – JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM (11’45:410s)

Wira KBS
1. Md Adib Arsyad Md Hisam – YAMAHA ESTREMO 27 RACING (9’30:167s)
2. Md Akid Md Shah Khearul Nisiam – YAMAHA ESTREMO 27 RACING (9’30:280s)
3. Farres Putra Md Fadhil – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (9’30:511s)

Previous Post

Perayaan Permotoran Era Retro yang Mengujakan

Next Post

Mampukah Menyaingi Jentera RSX & Y15ZR?

Next Post

Mampukah Menyaingi Jentera RSX & Y15ZR?

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved