Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Akid Raih Juara Keseluruhan CP150 di Pusingan Kesembilan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-11-11
in BULETIN, UTAMA
0

Pusingan kesembilan Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix di Litar Bandar Medini Iskandar mencatat sejarah apabila Md Akid Aziz dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing berjaya bukan sahaja memenangi perlumbaan, malah dinobatkan sebagai juara keseluruhan kategori CP150 untuk dua tahun berturut-turut. Kemenangan ini diraih selepas pelumba berusia 23 tahun itu mengungguli perlumbaan dengan catatan masa 15’17:301s.

Acara yang dijadualkan mengalami sedikit perubahan apabila sesi “Super-Pole” terpaksa dibatalkan akibat hujan lebat, dan kedudukan pelumba untuk grid ditentukan berdasarkan sesi kelayakan. Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Estremo Yuzy Racing memulakan perlumbaan dari petak pertama, diikuti rapat oleh Akid Aziz di petak kedua dan Kasma Daniel dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor di petak ketiga. Akid segera mengambil alih kedudukan P1 sebaik perlumbaan bermula, diikuti oleh rakan sepasukannya, Ahmad Afif Amran, yang turut bersaing rapat.

Perlumbaan sengit antara Akid dan Afif berlangsung dengan positif, menunjukkan kerjasama pasukan yang hebat. Pada lap terakhir, Akid berjaya membuka jurang dan mengekalkan kedudukan P1, sekali gus menamatkan perlumbaan di puncak podium. Afif meraih tempat kedua dengan catatan masa 15’17:409s, manakala Kasma berada di tempat ketiga dengan masa 15’33:152s. Kemenangan ini menandakan pencapaian gemilang buat Akid dan pasukannya, membawa pulang gelaran juara CP150 musim ini dengan penuh bergaya.

Md Izam Ikmal Cemerlang, Ungguli Kategori CP125
Md Izam Ikmal dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing sekali lagi membuktikan kehebatannya dalam kategori CP125 apabila berjaya meraih tempat pertama di Litar Bandar Medini Iskandar. Dalam sesi “Shoot-Out” yang berlangsung tengah hari, Izam mencatatkan masa terpantas 46’024s, mengungguli pelumba-pelumba lain dan memulakan perlumbaan dari petak grid pertama.

Perlumbaan yang berlangsung sengit itu menyaksikan Izam segera meraih kedudukan P1 pada selekoh pertama, namun saingannya, Irfan Haykal dari pasukan Honda KC Racing, berjaya mendahului di penghujung lap pertama. Di lap ketiga, Izam berjaya memperbaiki kedudukannya ke P2 selepas Syamil Amysar mengalami masalah teknikal pada jentera, memberi laluan kepada Izam dan Haziq Hamdan untuk mara ke P2 dan P3. Sepanjang perlumbaan, Izam terus memberi tekanan kepada Irfan yang kekal di hadapan.

Di lap terakhir, Izam berjaya mendahului semula dengan mengekalkan momentum dan membuka jurang sekali gus menamatkan perlumbaan di P1 dengan catatan masa 12’20:461s. Irfan berpuas hati di tempat kedua dengan masa 12’21:276s, manakala Haziq Hamdan di tempat ketiga dengan masa 12’25:846s. Kejayaan ini mengukuhkan kedudukan Izam dalam CP125 dan memberi impak besar buat pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing.

Md Adib Arsyad Kuasai Litar, Tawan Kategori Wira KBS
Sementara itu, dalam kategori Wira KBS menyaksikan penguasaan Md Adib Arsyad yang mewakili pasukan Yamaha Estremo 27 Racing. Adib menewaskan pencabar terdekatnya dalam persaingan yang penuh aksi. Meskipun Md Iman Fahmi dari pasukan Winbox KM+ AXLA memulakan perlumbaan di petak pertama setelah mencatat masa terpantas 47’245s semasa sesi kelayakan, Adib yang bermula di petak kedua memberikan saingan sengit untuk merebut tempat teratas.

Pada permulaan perlumbaan, Farres Putra dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing segera meluru ke P1, meninggalkan Adib dan Iman di belakang. Namun, Adib dengan cepat mengambil alih kedudukan P1 pada lap kedua, diikuti oleh Iman yang cuba merapatkan jurang. Persaingan antara Adib dan Iman semakin panas apabila kedua-duanya saling mencabar di setiap lap, sementara Farres kekal di kedudukan P3 dengan Akif Abdullah dari pasukan Honda KC Racing mengikuti rapat di P4, bersedia untuk merebut peluang memintas.

Di lap terakhir, Adib menunjukkan ketenangan dan strategi yang mantap apabila berjaya mengekalkan kedudukan P1 hingga garisan penamat dengan masa 9’44:940s. Farres menduduki tempat kedua dengan catatan masa 9’45:133s, manakala Akif Abdullah meraih tempat ketiga selepas berjaya memintas ke depan dengan masa 9’45:391s.

Top 3 Terbaik Pusingan 9
CP150
1. Md Akid Aziz, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, 15:17.301
2. Ahmad Afif Amran, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, 15:17.409
3. Kasma Daniel Kasmayudin, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 15:33.152
CP125
1. Md Izam Ikmal Izamli, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, 12:20.461
2. Md Irfan Haykhal Amidi, HONDA KC RACING, 12:21.276
3. Md Haziq Md Hamdan, CASTROL POWER1 HONDA YUZY RACING, 12:25.846

Wira KBS
1. Md Adib Arsyad Md Hisam, YAMAHA ESTREMO 27 RACING, 9:44.940
2. Farres Putra Md Fadhil, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, 9:45.133
3. Md Akif Abdullah, HONDA KC RACING, 9:45.391

Previous Post

Tampil Elegan, Hanya 3000 Unit Seluruh Malaysia!

Next Post

Perluas Jangkauan, Lancar Operasi Di Peringkat Global

Next Post

Perluas Jangkauan, Lancar Operasi Di Peringkat Global

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved