Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Adunan Retro Klasik Moden

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-12-02
in BULETIN, UTAMA
0

Setiap tunggangan skuter Benelli Panarea 125 ini, mampu memutar kembali masa dengan penuh bergaya. Panarea mempamerkan kesempurnaan dari segi estetik yang klasik dalam saiz yang kecil dan dibawa ke abad ke-21. Dengan reka bentuknya yang klasik dan unsur moden, Panarea 125 ini kelihatan sesuai untuk dibawa samada menyusuri jalan bandar mahupun persekitaran desa.

 

Walaupun skuter ini memiliki unsur retro, tetapi ianya memiliki teknologi moden yang terkini. Benelli Panarea 125 adalah model yang dibina dengan kejuruteraan moden yang menitikberatkan keperluan untuk gaya hidup seharian penunggang. Ciri-ciri berunsurkan Itali jelas terlihat pada semburan warna terang yang disediakan untuk pasaran Malaysia seperti Hitam, Kuning, Merah dan juga Putih.

Penggunaan lampu LED di hadapan dan belakang menjelaskan lagi reka bentuk Panarea, membantu dalam keterlihatan yang lebih cerah serta jangka hayat yang lebih lama. Benelli Panarea 125 turut menggunakan cermin sisi bulat yang elegan, mengekalkan rupa klasik daripada kilang.

Seperti mana bergaya jam tangan jenama Vinil yang berunsurkan klasik retro, Panarea mengekalkan ciri-ciri itu yang dapat dilihat pada analog speedometernya. Tetapi untuk yang lebih berorientasikan perincian, paparan digital pelbagai fungsi yang terang dan mengandungi semua maklumat yang diperlukan oleh seorang penunggang motosikal.

Selain itu, Benelli Panarea 125 mempunyai sistem kunci magnetik anti-kecurian yang dapat mengurangkan kebarangkalian kecurian motosikal dan meningkatkan keselamatan motosikal itu sendiri. Benelli Panarea 125 bergerak dengan enjin suntikan bahan api elektronik 124cc 4-lejang yang moden dengan kemuncak 8.44Hp pada 7,500rpm dan tork 9.2 Nm pada 6,000rpm. Dengan tangki bahan api 4.6 liter, para penunggang boleh menikmati perjalananya tanpa rasa terganggu.

Tunggangan yang lancar pada skuter ini disediakan oleh transmisi automatik CVT, dibantu oleh suspensi depan dan belakang teleskopik. Roda bersaiz 12-inci dibalut dengan tayar hadapan 100/90-12 dan belakang 110/90-12 untuk penampilan klasik itu.

Sistem brek dengan penggunaan cakera 190mm di bahagian hadapan menambahkan ciri keselamatan yang cemerlang terhadap jentera ini. Penampilannya juga agak ranggi dan sesuai dengan gaya hidup anda.

Benelli Panarea 125 kini boleh didapati di mana-mana pengedar premium Mforce Best Shop dan SmartShop di seluruh Malaysia dengan harga jualan asas, RM6,888.00 tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Dengan pembelian motosikal ini, anda boleh menikmati waranti pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan sejauh 20,000 km (mana-mana dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti dalam talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Spesifikasi Teknikal Panarea 125
Jenis Enjin Silinder Tunggal, 4-lejang, 2 Injap
Gerek & Lejang (mm) 53 x 55
Nisbah Mampatan 9.0:1
Sesaran (cc) 124
Sistem Penyejukan Penyejukan Udara
Penyalaan TLI
Kuasa Maksimum 8.44Hp pada 7,500rpm
Tork Maksimum 9.2Nm pada 6,000rpm
Jenis Klac Automatik
Sistem Bahan Api Suntikan Bahan Api
Sistem Penghidup Elektrik & tendang
Transmisi Rantai
Suspensi Hadapan Telescopik
Suspensi Belakang Teleskopik
Tayar Hadapan 100/90-R12
Tayar Belakang 110/90-R12
Panjang Keseluruhan (mm) 1,820
Lebar Keseluruhan (mm) 690
Tinggi Keseluruhan (mm) 1,090
Tinggi Tempat Duduk 760
Jarak Roda (mm) 1,270
Kelegaan Tanah (mm) 135
Berat (kg) 104
Kapasiti Bahan Api (L) 4.6
Bateri 12V6Ah

Previous Post

Ditawarkan Dengan Gearbox 5 Kelajuan, Cherry Edition Tampil Ciri-Ciri Klasik

Next Post

Program MyMAP Dari MIROS, MODENAS Terima 5 Bintang!

Next Post

Program MyMAP Dari MIROS, MODENAS Terima 5 Bintang!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved