Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kawasaki KZ750 Vertical TWIN power!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-23
in SHOW OFF, UTAMA
0

Ia dihasilkan ketika industri motosikal berkuasa tinggi hanya dimiliki secara eksklusif oleh British menerusi model Royal Einfield, Norton Commando dan Triumph Bonneville. Pembuat motosikal Jepun masih dianggap teknologi kelas kedua. Dengan enjin 2 lejang yang masih jadi pilihan utama industri 2 roda, motosikal buatan Jepun nampak seperti tidak punya masa depan.

4 silinder untuk sebuah motosikal cruiser naked? dari Jepun?

Ia tidak langsung mengujakan peminat motosikal, mereka tidak yakin tetapi bila enjin KZ ini mampu menghamburkan 60kuasa kuda pada 9500rpm dengan penyelenggaraan yang sangat murah, semua mata tertumpu kearahnya. Dua tahun sebelumnya, Kawasaki telah memperkenalkan KZ650, KZ900 dan KZ1000-semuanya enjin 4 silinder vertikal.

Dari sini, Kawasaki mencipta nama agung sehinggalah ke zaman Z10 dan GTR hari ini. Baiklah, bila kita bercakap tentang KZ750 ini, saya percaya ramai yang tak pernah dengar apatah lagi tengok sendiri bagaimana rupanya. Tanpa menyelidik dalam kertas spesifikasi yang disertakan, saya juga sangka ini ialah model Zephyr yang cukup popular di era 90-an dulu.

Saya tidak sempat menanyakan di mana beliau dapat kutip KZ750 ini. Pemiliknya, Arif Alfia, ternyata antara intan bertuah yang dapat memiliki cebisan sejarah penting industri motosikal awal Jepun dekad 80-an. Saya percaya bilangan motosikal ini sangat kecil di Malaysia. Carian singkat maklumat di laman web juga menunjukkan motosikal ini kurang disimpan kerana jumlah pengeluarannya juga tidak besar.

Sejak memilikinya beberapa tahun lalu, Arif telah mencurahkan segenap masa terluangnya untuk memastikan kondisi motosikal ini sentiasa dalam keadaan terbaik. Menariknya, sewaktu dibeli, motosikal ini masih dalam keadaan baik. Tiada pembaikan besar dilakukan.

Harus diingat, dengan barisan 4 selinder OHC, terlalu banyak bahagian bergerak dan peralatan yang mungkin susah untuk didapati secara seragam. Ia ada 4 omboh, 4 palam pencucuh dan e karburetor. Kerosakan ‘auto-choke’ sahaja dah cukup untuk buatkan anda pening untuk menala tahap melahunya. Silap haribulan, setangki petrol pun tak cukup-hanya untuk dapatkan idle yang normal.

Kesemua bahagian motosikal ini dipulihkan semula mengikut spesifikasi asal. Arif tidak mahu motosikal kesayangan ini beralih tema tetapi dalam masa yang sama mahukan sedikit kelainan. Dengan itu, beliau memilih untuk menghiaskannya dengan warna hijau matt ala tentera yang cukup sinonim dengan era British.

Sebenarnya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tema militari kembali popular dan pengeluar seperti Royal Einfield telah mengeluarkan semula model nostalgia mereka seperti Classic Bullet 500. Ia dihasilkan dengan teknologi masa lampu dengan suapan bahanapi karburetor, meter analog dengan suis lampu klasik. Cuma fork hadapannya sahaja lebih moden dan brek cakera untuk keselamatan.

Kaedah pemilihan konsep akhir warna matt juga meliputi warna hitam dan blok pembakaran yang nampak suram. Kedua-dua bahagian penutup enjin dikikis sehingga ke dasar besi, lingkaran roda juga diberi tema hitam-kikisan besi yang nampak usang tapi sebenarnya menepati konsep militari yang cuba diadaptasikan.

Previous Post

Mega Gathering ZX6R & ZX10R Malaysia – Singapura 2019

Next Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Gabungan Kelab Bikers Wanita

Next Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Gabungan Kelab Bikers Wanita

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved