Anda lihat ada selekoh di hadapan dan bersedia untuk mengambilnya. Sebaik sahaja menghampiri selekoh, jalan semakin sempit membuatkan motor yang ditunggang berada di tengah-tengah jalan. Sudah tentu ramai di antara anda pernah mengalami situasi yang sama. Jangan bimbang, anda masih boleh membetulkan keadaan. Bagaimana?

Berikut beberapa langkah yang boleh diikut untuk penunggangan yang lebih selamat;
1. Jangan Panik
Perkara paling penting kerana perasaan cemas serta panik hanya memburukkan lagi situasi. Panik akan membuatkan tubuh kita berada dalam keadaan tegang sekaligus mengetatkan atau mengunci anggota badan, kekakuan di bahagian kepala dan menghalang input pergerakan.

2. Yakin Dengan Tayar Dan Motosikal Anda
Tayar moden mempunyai lebih kemampuan berbanding kebanyakan penunggang motosikal. Ini kerana, tayar telah menjalani pembangunan yang mendalam sehingga berada di tahap sekarang. Tayar hadapan mungkin menolak, tayar belakang pula menentang tetapi ia tetap membantu anda melepasi selekoh. Sama juga dengan casis motosikal model yang boleh melepasi hampir apa sahaja. Anda hanya perlu, yakin dan percaya.
3. Kekal Melihat Selekoh
Pastikan anda kekal melihat selekoh sehingga keluar melepasinya. Motosikal akan menuju ke mana sahaja arah yang anda lihat. Dengan berbuat demikian, ia mengelak motor ditunggang keluar dari garis selekoh sekaligus membetulkan keadaan anda yang tersasar tadi.

4. Countersteering (Pertimbangan)
Pemegang bar ditolak ke dalam atau ditarik ke dalam. Teknik ini dipanggil sebagai countersteering (pertimbangan). Motor akan menajamkan garis tunggangannya sepanjang selekoh. Menolak badan ke bawah tidak dapat memusingkan motor secara efektif. Bagi makluman, teknik ini (countersteering) diajar di setiap sekolah menunggang motor, sekolah perlumbaan dan juga diajar kepada pegawai-pegawai polis yang bertugas menggunakan motosikal.

5. Kawalan Pendikit
Selalunya, perkara pertama yang dibuat adalah brek atau tutup pendikit bagi memperlahankan kelajuan motosikal tetapi ia bertentangan dengan dinamik motosikal. Gangguan mengejut ketika momentum dibawa ke depan akan memindahkan berat penunggang dan motor ke tayar hadapan. Seterusnya memberi ruang lebih luas untuk motor keluar dari garis selekoh. Kekalkan pendikit dalam keadaan stabil ketika memasuki selekoh.

6. Brek Sedikit
Hanya brek sedikit di bahagian hadapan untuk mengurangkan kelajuan dalam keadaan yang lebih lancar. Selain itu, beri sedikit tekanan di bahagian brek belakang untuk memperlahankan motosikal. Ingat, hanya brek sikit.
7. Tingkatkan Pendikit Ketika Keluar Dari Selekoh
Setelah selesai dan motor kekal dalam garisan, buka semula pendikit. Jangan lakukan kesilapan mengawal motosikal tetapi lupa buka pendikit sehingga habis selekoh kerana motosikal masih boleh bergerak ke ruang yang luas. Terus pusingkan pendikit kerana ia membantu memandu motosikal kerana ia memerlukan momentum.

Latihan
Jadi, itulah tips untuk anda. Bukan mudah tetapi kita harus berlawan dengan naluri untuk selamat. Berita baiknya, anda boleh berlatih bagi memahami dan bersedia dengan kemahiran yang diperlukan ini untuk penunggangan seterusnya.
1. Cari selekoh yang panjang
2. Perlahankan kelajuan sehingga kelajuan yang boleh dikendalikan
3. Jangan selekoh mengejut
4. Biarkan motor berada di luar selekoh
5. Lakukan countersteer (pertimbangan) menuju puncak (selekoh)
6. Throttle out.
Dengan melakukan latihan ini, ia akan mengajar anda untuk tidak memasuki selekoh terlalu cepat. Masuk lebih lambat selalunya lebih selamat khususnya di jalan awam kerana ia membantu anda mengenalpasti bentuk selekoh dan bahaya yang menanti.
Sumber : Wahid Ooi Abdullah



















