Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Yamaha Lagenda 115ZR, Ringan Dan Pantas

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-04-15
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kapcai atau sering digelar moped kini dianggap antara satu mode pengangkutan yang paling cekap, tidak kira sama ada anda berada di bandar mahupun desa. Meskipun terdapat pengangkutan awam, adakalanya sukar untuk menjangka masa apabila menggunakan perkhidmatan ini. Jadi, pengangkutan awam pastinya bukan pilihan terbaik terutama bagi mereka yang selalu bergerak.

Perkembangan ini memberikan bonus kepada pengeluar motosikal. Maka tidak hairanlah jika segmen ini terus menjadi keutamaan dan pengguna terus ditawarkan dengan pelbagai pilihan berbeza. Situasi ini boleh dilihat dengan jelas pada model Yamaha Lagenda 115ZR. Menjadi varian tertinggi model Lagenda generasi kelima, jentera ini hanya ditawarkan dalam warna biru putih dan menampilkan konsep ala superbike.

Bukan setakat gaya, aspek keselamatan turut diambil berat dengan kehadiran pemantul cahaya dan lampu yang lebih terang. Sebenarnya, ciri utama yang menjadikan motosikal ini lebih berbaloi untuk dimiliki ialah sistem pancitan bahan api yang pertama kali digunakan pada Lagenda.

Suntikan bahan api diketahui dapat menawarkan penjimatan kerana ia lebih cekap. Namun pada Lagenda, aspek penyampaian kuasa juga jelas bertambah baik. Bertukar daripada Yamaha LC135 yang ditunggang setiap hari kepada Lagenda 115ZR , saya tidak kecewa dengan kuasanya. Setiap kali pendikit dipulas, anda akan merasa kuasanya menarik motosikal dengan pantas dan motosikal itu berasa ringan, bermula dari rpm rendah hinggalah rpm tinggi. Proses memasukkan gear juga mudah dan lancar.

Contohnya, jika melalui bonggol, anda tidak perlu menukar gear untuk memecut kembali (misalnya gear tiga), enjin tidak akan bergegar atau semput. Cuma, motosikal bergerak lambat sedikit sahaja kerana kedudukan gear yang kurang tepat.

Aspek ini membuatkan Lagenda lebih mudah ditunggang, terutama di kawasan bandar. Ciri lain yang saya fikir kenapa motosikal ini agak pantas adalah penggunaan saiz sprocket yang sesuai. Apabila berada di atas jalan yang lebih terbuka seperti lebuh raya, kapasiti enjin yang kecil mula menampakkan kekurangannya. Dengan berat saya sekitar 70kg, kelajuan paling tinggi yang dapat dicapai hanya 115km/j di atas jalan rata.

Walaupun sebenarnya kelajuan maksimum lebuh raya hanya 110km/j, ini menunjukkan tempat yang paling sesuai bagi Lagenda 115 ini adalah di lorong paling kiri. Kalau hendak memotong pun, hanya boleh masuk ke lorong tengah. Tetapi, ini sudah cukup baik bagi sebuah motosikal berenjin 113.7cc.

Sebagai varian paling tinggi, Lagenda 115ZR ini datang dengan pelbagai penambahbaikan lain. Antaranya ialah penyerap hentak gas pada bahagian belakang. Jika ditunggang berseorangan, saya dapat merasakan suspensinya agak keras. Mungkin ia lebih sesuai untuk mereka yang inginkan prestasi mencengkam terutama sewaktu mengambil selekoh.

Cuma, saya sendiri tidak berani untuk mengambil selekoh dengan beriya-iya menggunakan motosikal ini. Sebabnya, saiz tayarnya iaitu 70/90/17 di hadapan dan 80/90/17 di belakang yang memang nipis dan kecil. Bagi mereka yang yakin, anda boleh ‘melayan’ selekoh sehingga mencecah perehat kaki. Tidak risau motosikal terjatuh kerana perehat kakinya boleh terlipat sekiranya bersentuh dengan permukaan jalan.

Lagenda 115ZR dilengkapi dengan pelbagai ciri lain untuk menjadikannya pengangkutan harian yang mudah. Ini termasuklah kotak simpanan di bawah tempat duduk (cukup untuk meletakkan baju hujan atau barangan kecil lain), meter LED yang jelas, tempat duduk luas, pemula enjin elektrik dan tangki minyak berkapasiti 4.05 liter.
Jika jarum berada betul-betul di bawah tanda merah, anda boleh mengisi sehingga RM7 minyak RON95.

Sejujurnya, jika saya mempunyai bajet sekitar RM5,000 ke RM6,000 Lagenda 115ZR pasti menjadi pilihan. Paling menawan hati adalah pecutan dan tindak balas enjin yang cekap, sekali gus membuatkan penunggang tidak berasa begitu ketinggalan, walaupun menggunakan motosikal berkapasiti enjin kecil.

Yamaha Lagenda 115 ZR
Spesifikasi
Enjin : 113.7cc, 1 silinder, empat lejang, sistem penyejuk udara, SOHC, pancitan bahan api
Transmisi : manual empat kelajuan, klac basah
Kuasa maksimum : 9.92hp @ 7,750rpm
Tork maksimum : 9.9Nm @ 6,500rpm
Brek : cakera tunggal khidraulik di hadapan dan dram di belakang
Berat : 100kg

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 5

Previous Post

Motosikal 4 Roda Lazareth LM 410 Dengan Enjin Yamaha

Next Post

KYT Venom Abadikan Grafik 2 Pelumba

Next Post

KYT Venom Abadikan Grafik 2 Pelumba

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved