Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

12 Perkara Menarik Mengenai Versi SX

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-04-16
in BULETIN, UTAMA
0

Dalam dunia yang masih dengan penularan wabak virus Covid 19 yang melanda seluruh dunia, tidak banyak perkara yang mampu dilakukan untuk mengketengahkan model baharu seperti ‘test ride’ yang biasa dilakukan pengamal media permotoran sebelum ini.

Kawasaki

Apa yang mampu kami lalukan adalah membuat ulasan beberapa perkara menarik mengenai model Kawasaki Ninja 1000SX baharu dengan cara yang lebih segar.

Tiada pilihan lain memandangkan kebanyakan warga dunia kini perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan sahaja di Malaysia malah menyaksikan aktiviti seluruh dunia terhenti buat seketika termasuk pengamal media permotoran.

Kawasaki

Di Road Star, kami kini memberikan pilihan terbaik untuk anda mengenali model Kawasaki yang dipertingkatkan ini menerusi penulisan dengan membincangkan 12 Perkara Menarik mengenai versi SX berbanding platform asalnya Ninja 1000.

 

1. Untuk menunggang model ini, Kawasaki Ninja 1000SX 2020 menawarkan mod tunggangan yang cukup menarik dan ringkas. Ianya agak mudah dengan penunggang hanya perlu menekan mod pilihan mereka samada bagi tujuan perjalanan seperti Sukan (sport), Jalan (road) dan Hujan (rain).

Bagi mod Sukan dan Jalan, ia menawarkan kekuatan sepenuhnya sekali pun bagi mod jenis Jalan mempunyai tindak balas pendikit yang kurang agresif. Kawalan tarikan agresif menjurus kepada mod Sukan berbanding mod Jalan.

Mod Hujan pula seperti yang anda harapkan, mempunyai kawalan daya tarikan yang paling aktif dan mod kuasa yang lebih rendah dengan hamburan kuasa pendikit yang sedikit lembut bagi mengawal perjalanan di atas jalan yang licin.

Terdapat juga mod Rider yang disesuaikan yang membolehkan anda menetapkan kuasa (sama ada pada tahap sepenuh atau rendah) dan tahap kawalan daya tarikan (1, 2, 3, dan tutup) dalam apa jua kuasa yang sesuai dengan tahap anda.

2. Untuk meningkatkan prestasi mod menunggang, 1000SX dilengkapi dengan talaan IMU Bosch dan teknologi ride-by-wire. Ini bagi membolehkan penyampaian kuasa lebih mudah dan fungsi ABS tetap menjadi keutamaan. Teknologi IMU dan ride-by-wire ini didatangkan dengan satu pakej.

3. Teknologi ride by wire dikuasakan bersama oleh injap pendikit elektronik. Ini bermakna ukuran udara / bahan api boleh menjadi lebih tepat berbanding sistem sebelumnya. Penggunaan ride by wire membuatkan pecutan motosikal lebih stabil dan konsumsi bahan bakar menjadi lebih efisen. Persediaan itu menjadikan reka bentuk rekaan bawah mencapai tahap kecekapan maksimum.

4. Terdapat dua panjang corong pengambilan untuk badan pendikit Kawasaki Ninja 1000SX 2020, ditambah satu knalpot tunggal. Dua tiub panjang berada dibahagian dalamnya, sementara tiub luar bersaiz 1.8 inci lebih pendek.

Penambahbaikan baharu berfungsi bersamaan dengan sistem ekzos baru-satu persediaan 4-2-1 tunggal muffler. Sebab utama untuk ini adalah pengurangan pelepasan, walaupun sistem baru juga menurunkan 4.4 paun dari 1000SX. Tork maksimum iaitu 82 kaki-lbs @ 7800 kekal tidak berubah.

5. Bagi memastikan motosikal anda lebih senyap, rekabentuk aci sesendol (camshaft) telah diubah dan direkabentuk semula. Ini dilakukan bagi mengurangkan keadaan bunyi bising.

6. Pembaharuan terhadap jentera dapat dilihat apabila sistem quickshifter merangkumi posisi atas / bawah (automatik), telah ditambah bersama-sama dengan tuas klac laras (manual). Selagi motor berjalan pada minimum (sekitar 2500rpm), anda tidak perlu menarik klac bagi membuat penukaran gear transmisi enam kelajuan. Walaupun tuil klac tidak banyak digunakan, anda harus lebih bersedia untuk menyesuaikan keadaan cengkaman dari posisi kebiasaan.

7. Tayar jenis Bridgestone Battlax Hypersport S22 antara barangan asal yang kekal dipasang pada Kawasaki Ninja 1000SX 2020. Selain mempunyai pengaruh besar terhadap tayar jenis ini, prestasi cemerlang yang ditunjukkan di atas jalan raya, corak yang diyakini, tidak hairanlah Bridgestone Battlax Hypersport 22 adalah tayar paling ideal dan cukup serasi dengan model sport-tour seperti Kawasaki 1000SX ini.

8. Sistem penggantungan jenis Showa mendapat sedikit pengubahsuai yang agak kecil. Satu laluan telah ditambah pada omboh untuk mengurangkan tekanan negatif di dalam tiub fork pada bagi menambahkan mampatan pada bahagian strok. Ini bagi membolehkan melicinkan tindakan dan kelembapan penggantungan pada bahagian kecil. Tetapan lain juga turut telah dilaraskan.

Fork atau garpu masih boleh dilaraskan sepenuhnya, manakala henjutan yang dibuat hanya dnegan dengan menggantikan spring-preload (pramuat spring) dan pemulihan mengikut kesesuian pengguna.

9. Terdapat beberapa penambahbaikan dalam segmen jentera sukan ini. Model Kawasaki Ninja 1000SX 2020 mempunyai kawalan pergerakan, peredam yang mampu menyerap getaran pada bahagian pelana, cermin depan dengan empat posisi berbeza (tanpa alat pelarasan), ventilasi memindahkan haba enjin dari penunggang, dan cermin pandang belakang yang memberikan imej yang lebih baik.

10. Paparan TFT diberi kesegaran baharu. Ia digabungkan dengan aplikasi yang diberi nama proprietari Rideology App-Kawasaki. Rideology ini membolehkan si penunggang menyimpan tab di Ninja 1000SX menerusi telefon pintar si penunggang. Terdahulu beberapa model Kawasaki seperti Versys 1000 SE, Ninja H2 Carbon dan juga Ninja H2 SX SE turut menggunakan aplikasi yang sama.

Sistem ini membolehkan pemilik Kawasaki 1000 SX membuat penyesuaian yang sesuai dan menyedari keperluan penyelenggaraan terhadap jentera.

Aplikasi yang tersedia untuk kedua-dua platform Android dan Apple ini membolehkan para pemilik mengakses segala data dan maklumat keadaan semasa motosikal menerusi sambungan Bluetooth.

Terdapat tiga fungsi utama aplikasi ini adalah seperti info – akses kepada segala maklumat kritikal motosikal, serta lokasi jentera, riding log – akses kepada maklumat perjalanan/cara tunggangan dalam tempoh tertentu dan tuning – ubahsuai tetapan elektronik pada motosikal anda pada bila-bila masa sahaja. TFT mempunyai pelbagai pilihan paparan, termasuk pilihan latar belakang berwarna putih atau hitam.

11. Terdapat tiga paparan fairing baharu bagi model Kawasaki Ninja 1000SX edisi 2020, dan paparan fender baharu di bahagian depan. Ini bagi memberikan penampilan 1000SX lebih sporti sekali pun ia adalah model dipertingkatkan. Turut ditambah adalah lampu LED lebih menarik untuk dipadankan dengan fairing baharu.

12. Apa yang menarik mengenai Kawasaki Ninja 1000 SX versi 2020 adalah pernambahan sekitar RM 867 berbanding versi Ninja asal. Mungkin ada mengatakan bahawa pemasangan aksesori boleh dilakukan selepas itu namun ia cukup meremehkan dan anggaran kos mungkin bertambah ribuan ringgit dan paling penting ia meremehkan dan membazirkan banyak masa.

Disediakan oleh : Mohd Izzuddin Kamaruddin

Kawasaki
Kawasaki
Kawasaki
Kawasaki
Previous Post

Tampil Dengan Warna Lebih Segar

Next Post

Helmet R2, Kini Di Pasaran

Next Post

Helmet R2, Kini Di Pasaran

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved