Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

100 Pemilik Kawasaki Ninja ZX-6R Berhimpun Di Litar Sepang

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-02-13
in BULETIN, UTAMA
0

Motosikal & Enjin Nasional Sdn Bhd (“MODENAS”), anak syarikat DRB-HICOM Berhad (“DRB-HICOM”), memberikan pengalaman luar biasa kepada 100 pemilik pertama Kawasaki Ninja ZX-6R baharu dengan penyerahan rasmi yang berlangsung di Paddock 1, Litar Antarabangsa Sepang.

Dengan kehadiran 350 tetamu termasuk pengedar Kawasaki, peminat setia, dan wakil media, acara ini bukan sekadar sesi penyerahan motosikal biasa– ia adalah sebuah perayaan berkelajuan tinggi!

Mengetuai majlis penyerahan ialah Ketua Pegawai Pemasaran MODENAS, Yusaku Kashiwagi, dengan rasmi menyerahkan kunci kepada pemilik-pemilik baharu hari ini.

“Ini bukan sekadar penyerahan motosikal. Ini merupakan saat di mana Kawasaki memenuhi impian peminatnya yang dahagakan prestasi dan adrenalin. Ninja ZX-6R telah direka untuk mereka yang menginginkan prestasi dan kelajuan, dan hari ini, pelanggan kami dapat merasai sendiri pengalaman tersebut di litar lagenda Sepang,” kata Kashiwagi.

Sebaik sahaja menerima kunci, pemilik baharu terus menghidupkan enjin dan menunggang jentera supersport mereka buat pertama kali di litar Sepang. Bukan itu sahaja, mereka juga berpeluang untuk menguji prestasi motosikal mereka di atas trek kebanggaan negara.

Turut sama menguji jentera sporbike ini adalah wakil media yang juga turut diberi peluang secara eksklusif untuk menguji jentera ini secara langsung di trek.

Sambutan terhadap Kawasaki Ninja ZX-6R sememangnya sangat luar biasa. Ketika kempen pra-tempahan dilancarkan pada November 2024 lalu, MODENAS pada asalnya menyasarkan hanya 50 unit. Namun, disebabkan permintaan yang begitu tinggi, jumlahnya digandakan kepada 100 unit – sekali gus menghabiskan jualan bagi dua kumpulan pertama dalam masa yang singkat.

HARGA CKD, PRESTASI SPORT BIKE
Untuk info, model Kawasaki ZX-6R merupakan motosikal dalam segmen CKD yang dipasang di Malaysia oleh Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) sejak Mei tahun lepas. Model sportbike ini ditawarkan pada tag harga RM59,900 tidak termasuk insurans dan peminat boleh memilih dua pilihan warna iaitu Metallic Flat Spark Black/Ebony atau Lime Green/Elbony.

Memacu jentera ini adalah enjin empat silinder sebaris penyejukan cecair 636cc yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 124PS pada kelajuan 13,000 rpm dan tork berada pada tahap 69Nm pada 11,000 rpm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dan bagi memudahkan penggunaan ia dilengkapi dengan klac jenis assit & slipper serta quickhshifter secara standard.

Pada bahagian suspensi pula, ZX-6R ini menggunakan unit yang boleh dilaraskan sepenuhnya depan atau belakang, dengan unit fork Showa Separate Function Fork – Big Piston (SFF-BP) 41 mm di hadapan dan monoshock yang disambung dengan Uni-Trak dibelakang.

Sistem pemberhentian menggunakan set berkembar cakera 310mm serta angkup Nissin empat piston dihadapan.Kelengkapan lain yang ada pada ZX-6R termasuk Kawasaki Traction Control (KTRC), tiga mod tunggangan, tayar jenama Pirelli, panel instrument TFT-LCD 4.3 inci, kerangka jenis aluminium twin-spar, tangka bahan api sebanyak 14 liter, tinggi tempat duduk 797 mm dan berat keseluruhan iaitu 163kg.

Previous Post

Revolusi Ciri Keselamatan atau Peningkatan Risiko Yang Tidak Diperlukan?

Next Post

Dilengkapi Ciri-ciri Inovatif, Memenuhi Keperluan Pengguna Moden

Next Post

Dilengkapi Ciri-ciri Inovatif, Memenuhi Keperluan Pengguna Moden

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved