Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Lonjak Nama Raza Di Persada Auto Show

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-01-27
in BULETIN, SHOW OFF
0

Kuasa simbolik maskuliniti atau dalam bahasa mudah bersifat ‘kejantanan’ serta minat yang mendalam terhadap motosikal adalah suatu dorongan yang mencetuskan fenomena buat penganjuran motor show di Malaysia. Apabila penganjur dan keinginan pemilik ini semakin mendapat perhatian dan ia semakin popular, ramai kalangan pemilik motosikal hari ini mula berjinak-jinak dengan dunia automotif terutamanya membabitkan jentera dua roda.

Dari segi istilah, kuasa simbolik maskuliniti adalah suatu identiti yang memainkan peranan penting dalam gaya hidup seorang lelaki. Tidak hairanlah, kebanyakan lelaki yang memiliki motosikal pastinya bercita-cita untuk melakukan sesuatu ke atas motosikal miliknya.

Hal tersebut turut mendorong Muhammad Raza Mohd Desa, 30 tahun yang mendambakan sebuah jentera motosikal seperti peserta yang beraksi dalam autoshow. Tiada niat untuk meraih perhatian seperti yang berlaku pada hari ini, namun anak kelahiran Kamunting, Perak ini pasrah, motosikal yang telah dimodifikasi sejak tahun 2020 akhirnya setanding dengan para peserta yang menyertai acara ini.

Jika tidak dengan ‘hasutan’ dari rakan-rakan dan jiran setaman, Raza sekadar menjadikan motosikal Yamaha Y15ZR yang dibeli pada tahun 2019 sebagai pengangkutan untuk berulang-alik ke tempat kerja semata-mata.

“Hasutan kawan-kawan memang ada. Tapi selebihnya, saya memang berkeinginan menjadikan motosikal ini persis dengan para peserta dalam motor show.

“Pada tahun pertama (sertai autoshow) di Sungai Petani memang agak mengejutkan bagi saya. Dengan persiapan dan komitmen ala kadar, saya meraih keputusan memberangsangkan sekali pun bukan kalangan motosikal terbaik.

Kisah Raza hanya tercetus dari konvoi dan pergi ke event dan dari situ juruteknik di Kawasan indsutri Kamunting mula terjebak dengan penganjuran motorshow pada tahun 2022 di Sungai Petani sekadar penyertaan suka-suka sahaja. Bermula dari situlah, Raza mula ‘ketagih’ dan kerap berkecimpung dalam dunia baharunya. Malah, segala usaha turut mendapat sokongan padu dari keluarga, isteri dan rakan-rakan sehingga ke hari ini.

Tambahnya, terdapat juga penganjuran bertaraf besar yang disertai antaranya Himpunan Permotoran Negeri Perak di Manjung, Perak anjuran Daus Perak yang menyaksikan Raza muncul naib juara kategori Best Yamaha Y15.

“Hanya pada tahun 2023 saya mengubah ‘imej’ YSuku saya ini kepada identiti ‘single arm’. Untuk kos ‘single arm’ ini saya membelanjakan sekitar 5k ditambah dengan beberapa komponen lain, jumlahnya menghampiri 10k secara keseluruhan,” ujar Raza ketika ditanya mengenai kos dan pembelanjaan yang telah digunakan.

Tambahnya, ‘single arm’ dari model Pro Arm Honda NSR 150 SP yang menaikkan imej YSuku milik Raza merupakan milik seorang rakannya. Menambahkan seri pada komponen itu, ia telah disulam dengan balutan karbon sekali gus menjadikan ‘single arm’ itu kelihatan lebih gah.

Bagaimanapun, pemasangan single arm tersebut bukan sesuatu yang mudah. Bukan sahaja masa dan wang ringgit, malah pemasangannya untuk dipadankan dengan YSuku miliknya dianggap rumit.

“Tidak semudah seperti ‘plug and play’ sebegitu sahaja. Banyak cabaran yang diambil pada sektor (bahagian) ini sahaja. Dipendekkan cerita, ada banyak modifikasi yang terpaksa saya lakukan untuk memasukkan ‘single arm’ ini.

“Begitu juga dengan sprocket (gegancu) yang digunakan ke atas motosikal terpaksa ditukar kepada dari model Kawasaki RR150,” jelas Raza ketika membicarakan mengenai modifikasi dan perubahan yang dilakukan pada bahagian tayar belakang jentera terbabit.

Bagi mendapatkan penampilan yang ‘luar biasa’, Raza turut menggunakan rim model Honda NSR 150 SP selain memadankan kedua-dua roda dengan tayar jenama Timsun. Bagi tayar di hadapan, Raza menggunakan tayar Timsun medium soft compound 80/90 sementara bagi tayar belakang Timsun menggunakan model medium soft compound bersaiz 120/70.

Menurut Raza lagi, beberapa komponen lain turut dimasukkan pada jentera YSuku versi ke-2 antaranya kaliper depan model Brembo M5 sementara tayar di belakang menggunakan kaliper Racing Boy. Sistem pemberhentian dengan menggunakan master pump Racing Boy tampak cukup meyakinkan manakala sistem talaan diberikan kepada ECU Redleo V Racing Y15 versi ke-2.

Bercerita mengenai pilihan warna oren yang dipakai pada cover set Yamaha Single Arm, Raza yang mendapatkan sentuhan Deqnuar Garage terletak di Sungai Kechil, Nibong Tebal menjelaskan bahawa warna yang digunakan adalah tona warna kegemaran arwah ibunya.

“Saya dedikasi tona warna oren di atas motosikal ini. Sekurang-kurangnya kerinduan terhadap arwah mak saya terubat jua. Namun yang lebih penting, padanan warna yang dikenakan tidaklah terlalu menonjol atau bersifat ‘jantan’ sahaja,” ujar Raza mengakhiri perbualan dengan penulis.

SEKILAS FAKTA
Nama: Muhamad Raza Bin Mohd Desa
Asal: Pulau Pinang
Umur: 30 tahun
Menetap: Nibong Tebal,Pulau Pinang
Status: Berkahwin
Isteri: Liyana Rosidi
Pekerjaan: Juruteknik Kilang

Spesifikasi Motor: cc 150, blok 66 jet 2, 22/25
Jenama: Yamaha Y15 V2, tahun 2019
Cover set: Spray can by Deqnuar Garage Sg Kechil, Nibong Tebal (019-4500364)

Komponen Kustom
1.Fork hypertech lowered 1.5 inci
2.Ekzos Redleo open 35/35 LC/Y15
3.Footrest rapido custom footstand original yamaha
4.Monoshock Adjustable Redleo LC/Y15 extend 1 inci mono keliver
5.Single arm Pro Arm Honda NSR 150 SP
6.Rim Honda NSR 150 SP
7.Bracket Ekzos open Hypertech
8.Tayar depan Timsun medium soft compound 80/90, Tayar belakang Timsun medium soft compound 120/70
9.Single disc Honda NSR 150 SP
10.Caliper depan Brembo M5 Caliper belakang Racing boy
11.Master pump depan belakang Racing boy
12.ECU Redleo V Racing Y15 V2
13.Single seat cover customade
14.Spoket custom pakai Kawasaki RR 150
15.Rear footrest Yamaha Ego
16.Cover spoket depan Hypertech
17.Pilot lamp LED mata gaban Zhipat
18.Signal belakang LED mini
19.Meter temperature gauge Greddy

Previous Post

Mengukuhkan Ukhuwah dan Mencipta Kenangan Bermakna

Next Post

Pengembaraan Harian yang Lebih Menyeronokkan

Next Post

Pengembaraan Harian yang Lebih Menyeronokkan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved