Wan Cepon, nama yang tidak asing lagi di kalangan peminat dunia sukan perlumbaan pecut Malaysia . Beliau sangat dikenali sejak dahulu lagi kerana beliau antara pelopor, pelumba, pemain dan juga salah seorang tuner yang bergiat aktif di seluruh negara. Mengimbas kembali perkenalan kami bermula seawal perlumbaan kereta kerana Wan Cepon merupakan seorang Keikar tegar. Beliau memiliki beberapa jentera keicar dan sering mendominasi 3 podium teratas.
Akur dengan trending semasa, Wan Cepon aktif dengan fenomena Ysuku yang melanda negara sejak beberapa tahun lepas. Bertempat di Ipoh Perak, Cepon aktif melakukan servis talaan untuk semua jenis motor bertempat di Tuner Shop. Di sini, anda boleh bawa apa-apa motor sekalipun.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, fenomena YSuku sedang melanda Malaysia. Hampir di mana-mana sahaja ada motor ini lebih-lebih lagi di hujung minggu. Pelbagai aktiviti seperti himpunan, konvoi atau ride dilangsungkan secara aktif. Tidak mahu ketinggalan, Wan Cepon mengambil kesempatan ini dengan memeriahkan pula industri Y negara.
Bersama Roadstar kali ini adalah sebuah jentera drag on the road Y15 Wan Cepon yang terbukti hebat di Malaysia. Untuk rekod, jentera ini berjaya mencatatkan masa terpantas iaitu sepantas 7.3 saat. Ya, 7.3 saat adalah masa terpantas yang dicatatkan Wan Cepon dan jenteranya. Mengetengahkan spec 65mm standard tapi jahat, pastinya anda pernah menyaksikan motor ini mengganas di MUSC Motorsports Drag Battle di MAPS Perak tahun lepas.
Bagi makluman, motor ini merupakan antara jentera underdog pada awalnya tetapi menyerlah sewaktu perlumbaan berlangsung. Hari ini, abam Bobby berpeluang sekali lagi dapat menyaksikan kenakalan YSuku spec 65 ini di Tuner Shop.
Untuk rekod, motor ini memang dibina untuk perlumbaan sprint atau lumba pecut bagi jarah sejauh 201 meter. Justeru itu, ia ditala sesuai dengan jarak dan kriteria yang ditetapkan pihak penganjur. Spec moto ini dinamakan setting untuk piston 65mm. Dengan piston 65mm, motor ini menggunakan minyak RON97 sesuai dengan enjin management ECUSHOP yang digunakannya. Kuasa motor ini dilepaskan melalui exhaust open NLK 35/38, seterusnya disampaikan ke rim alloy yang dibalut dengan tayar fully slick vee rubber di bahagian belakang.
Bagi memastikan cengkaman yang lebih geleseran, Wan Cepon menggunakan dry clutch set PNP Racing untuk lonjakan motor keluar cantik melepasi sensor perlumbaan tanpa terperangkap ke perangkap jump start. Bagi sistem gantungan pula, Wan Cepon menggunakan suspension mono redleo untuk kestabilan perlumbaan lurus mengikut kehendak joki beliau. Untuk sudut tunggangan pula, ia harus dibincangkan bersama rider atau joki kerana hanya mereka yang tahu suasana kawalan terbaik motor sewaktu perlumbaan.
Baiklah. Pasti anda tertanya-tanya, kenapa Y?
Menurut Wan Cepon, para pemilik mempunyai banyak pilihan part yang boleh ditambah baik untuk meningkatkan kuasa motor. Pilih sahaja jenama dan budjet yang sesuai dengan anda, TunerShop akan memberikan khidmat nasihat yang terbaik untuk jentera kesayangan Dengan teknologi yang ada sekarang, model YSuku ini sangat mudah untuk menaik taraf horse power motor yang sedia ada. Janji ringgit Malaysia kena ada!