Throwback : Jamuan Terbuka Aidilfitri The Portbike

Walaupun syawal hampir melabuhkan tirai, En Mohd Shahrizal @ Zan yang juga pengusaha dan pemilik The Portbike telah memilih 23 Jun lalu dan selepas maghrib untuk majlis Jamuan Terbuka Aidilfitri The Portbike. Beliau yang juga seorang rider adalah pengasas Portbike Motorbike Kelab di Jitra Kedah. Setelah diuar-uarkan di laman sesawang, laman sosial Facebook, Instagram dan lain-lain, hari yang dinantikan pun tiba.

Seawal pukul 6.00 petang, kumpulan yang sampai lebih awal di The Portbike ialah Ladies Biker dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dari pelbagai kelab di Malaysia. Seterusnya, kumpulan Yamaha Y150cc atau lebih dikenali sebagai YSuku dari seluruh Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Selepas solat Isyak, biker dari pelbagai kelab mula hadir di perkarangan The Portbike termasuk RXZ, Retro, Street Cup dari cc besar dan tidak ketinggalan yang paling kecil tanpa enjin iaitu anak anak sekitar kawasan Jitra datang dengan gerek lajak mereka.

Pengunjung dan tetamu yang hadir semasa jamuan rumah terbuka bukan sahaja di kalangan bikers, malah ada juga yang merupakan pelanggan tetap The Portbike. Selain hidangan yang 80% dimasak sendiri staf The Portbike dan makanan istimewa yang disediakan agak berlainan dengan rumah-rumah terbuka kelab-kelab permotoran dan wakil-wakil pengedar lain.

Selain menghiburkan tetamu dengan kehadiran artis, penganjur turut menyediakan segmen cabutan bertuah kepada semua tetamu yang hadir sekaligus menggembirakan para bikers. Tetamu kehormat yang hadir pada malam jamuan rumah terbuka ini ialah YB Mohd Asmirul Anuar Aris, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan, Pelancongan dan Seni Budaya Pembangunan Keusahawanan. Menerusi ucapan ringkasnya, beliau berpesan kepada semua tetamu yang hadir supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya dan lebih fokus menunggang motorsikal untuk mengelakkan kemalangan. Pada malam yang sama, beliau turut merasmikan pra-pelancaran Portbike Motoday 2020.

Lebih kurang 4,000 pengunjung datang ke jamuan rumah terbuka The Portbike. Menurut Zan, beliau dan rakan-rakan akan membaiki sikap negatif segelintir masyarakat terhadap rider yang mempunyi hobi sukan motosikal. Beliau bersama rakan-rakan juga bakal menganjurkan Portbike Motoday 2020 dengan tagline #takmaurasis. Beliau berharap semua rakan biker tanpa mengira jenama motor dan cc menunggu pengumuman tarikh pengumuman Portbike Motoday 2020 yang akan diberitahu di laman sesawang dan Facebook dalam masa terdekat. Harapan beliau, rakan-rakan bikers datang memeriahkan acara terbesar Kedah ini. Bukan itu sahaja, kehadiran rakan-rakan bikers turut dialu-alukan sebagai sokongan dan memeriahkan lagi penganjuran Portbike Motoday 2020.

Gambar dan teks : kNor