Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Suzuki Colleda 250 tetap berbisa

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-03-19
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kali pertama saya lihat motosikal ini di Malaysia. Pernah dengar tapi tak pernah jumpa pada keadaan roadworthy seperti yang dipaparkan. Saya berani bertaruh, tak ramai yang sanggup nak buat projek Suzuki Colleda. Pada usia lebih 50 tahun, membina semula motosikal dalam keadaan asal merupakan cabaran yang sangat rumit.

Lupakan sejenak motosikal Azura dan Gila-Gila Remaja. Colleda ini jauh lebih klasik. Lihat pada rupabentuknya pun kita dah boleh agak bilakah motosikal ini dihasilkan. Sepertimana industri motosikal dunia lain ketika itu, Jepun mengambil ilham daripada jentera klasik British. Mirip Daytona, Triumph dan Norton dengan tangki petrol mengunjur ke depan dan menjadi sebahagian dari kerangka motosikal itu sendiri.

Pada tahun 1960, Suzuki baru sahaja menjadi sebuah pembuat motosikal komersial di Jepun. Pembangunan dunia lepas Perang Dunia Kedua sangat berbeza di pasaran domestik mereka. Dari sebuah negara bermatlamatkan militari, Jepun mengatur langkah untuk menjadi negara industri. Banyak syarikat diberi inisiatif kerajaan sekiranya ingin menceburkan diri dalam industri berat dan sehingga hari ini Suzuki adalah hasil liberalisasi tersebut.

Motosikal Suzuki berasal dari syarikat Colleda seperti Toyoda menjadi Toyota dan Prince menjadi Datsun seterusnya Nissan. Pada 1955, Colleda mula menghasilkan model 90cc 1 piston, dan hanya 5 tahun selepas itu jenama Colleda digandingkan logo S Suzuki. Memasuki pasaran Amerika seawal tahun 1960, Suzuki turut mengeksport motosikal yang sama ke Tanah Melayu. Pada ketika itu, ia hanya dipandang sinis. Sambutannya cukup dingin kerana era tersebut seperti diketahui sebagai zaman keemasan motosikal British seperti Norton dan Triumph.

Tidak banyak yang masih kekal hingga ke hari ini dan tak hairanlah spesis seperti ini wajib dapat perhatian di mana-mana pameran motor yang diadakan. Bentuknya yang unik seakan-akan dilahirkan di benua Eropah tambah memeningkan kepala. Kecuali logo S di bahagian kulit enjin, hampir mustahil untuk meneka jenama motosikal ini buat kali pertama yang melihatnya.

Spesis terancam ini dimiliki Theirumany dari Klang. Saya lupa untuk bertanya bagaimana beliau boleh beli motosikal ini tapi yang pastinya model TA250 sangat rare dan dipercayai hanya beberapa buah sahaja yang masih bergerak di jalanraya Malaysia. Kesukaran mendapatkan alatganti menjadi cabaran terbesar bagi projek Colleda malah Theirumany sendiri hampir-hampir saja berputus asa.

Kesungguhan beliau untuk membina semula motosikal ini bertitik tolak dari faktor rarity. Berazam untuk memiliki sesuatu yang unik, kerja kemasan badan dan enjin dibuat di bengkel teman rapatnya. Tidak banyak yang diketahui tentang selok belok enjin tetapi pengalaman mengajar bengkel ini untuk memulihkan semula sebuah jentera terbiar menjadi status pameran muzium.

Segalanya dibuat secara in-house dan peralatan gantiannya diperolehi dari merata tempat. Enjin 2 silindernya yang semakin dimamah usia telah diperbaiki sehampir mungkin dengan spesifikasi asal kilangnya. Sistem karburetor yang digunakan pada motosikal ini masih berfungsi baik dan kurangnya bahagian elektronik memudahkan proses pendawaian semula dilakukan.

Semua peralatan berfungsi dengan baik. Bahagian badan yang diperbuat dari besi berkualiti tinggi pada era 60-an itu nampak masih bertahan walaupun mencecah usia setengah kurun. Badan motosikal digosok, disimen dengan teliti dan dicat dengan warna hitam matt. Penutup rantai, gegancu dan rodanya semua digilap kembali menjadi seperti asal.

Pada hari ini, cebisan sejarah wajar dikekalkan dalam memastikan golongan muda menghargai teknologi yang dicurahkan pada jentera tua sebaik Colleda. Dan pada hari ini juga Suzuki menjadi salah sebuah pembuat motosikal paling berjaya dunia hasil invensi teknologi asalnya, inilah ‘datuk’ sebenar yang melahirkan Hayabusa, V-Storm dan GSX-R.

 

 

Previous Post

ZAQHWAN KEMBALI KE CUB PRIX

Next Post

FAZLI BERUNDUR DARI CUB PRIX

Next Post

FAZLI BERUNDUR DARI CUB PRIX

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved