Dianggarkan lebih kurang tujuh ribu para peminat kedua-dua motor ini telah turun padang dan membanjiri Dataran MAEPS. Kehadiran serta penyertaan FKR bersama team Hot Machine Crew menghangatkan lagi program. Malah, reruai atau booth FKR tidak putus menerima kunjungan sepanjang program berlangsung.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sejak dari awal sehingga program melabuhkan tirai. Antara yang berjaya menarik tumpuan pengunjung pastinya pertunjukan motosikal dari para pemilik motosikal Yamaha Y125Z dan Kawasaki Super Kips sendiri!