Pusat Servis Dan Kemudahan Alat Ganti Di Lokasi Yang Sama, Turut Sediakan Sokongan Selepas Jualan

Aveta Malaysia terus meluaskan rangkaian pengedarnya menerusi pembukaan rasmi Ching Hooi Biker Sdn Bhd – Aveta Elite Centre di Seremban, Negeri Sembilan. Menggabungkan jualan motosikal, servis dan sokongan alat ganti di bawah satu bumbung, pusat ini mengukuhkan kehadiran Aveta di negeri tersebut. Dalam masa sama, memudahkan penunggang tempatan mendapatkan produk dan perkhidmatan selepas jualan.

Bagi pelanggan di Seremban dan kawasan sekitarnya, Aveta Elite Centre baharu ini menawarkan lebih daripada sekadar tempat membeli motosikal. Bilik pameran khusus membolehkan pengunjung mengenali rangkaian model Aveta serta mendapatkan panduan untuk memilih motosikal yang sesuai dengan keperluan tunggangan mereka.

Pusat servis dan kemudahan alat ganti di lokasi yang sama turut menyediakan sokongan selepas pembelian, sekali gus memudahkan urusan pemilikan dan penyelenggaraan motosikal. Pelantikan Ching Hooi Biker sebagai Aveta Elite Centre turut mencerminkan kepentingan kerjasama dengan rakan pengedar yang berkeupayaan.

Dengan menggabungkan pemahaman terhadap keperluan pelanggan tempatan serta kemudahan jualan dan selepas jualan yang khusus, pusat ini bersedia menyokong penunggang sejak kunjungan pertama hingga penjagaan motosikal sepanjang tempoh pemilikan.

Pembukaan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Aveta Malaysia untuk memperkukuh sokongan pemilikan menerusi rangkaian pengedar sah, pusat servis dan stokis di seluruh negara. Inisiatif seperti Aveta Care on Wheels melengkapkan rangkaian ini dengan keprihatinan jaminan terhadap pelanggan selepas jualan.