Pelengkap Polisi Insurans Atau Takaful Motosikal Komprehensif

Etiqa melancarkan pakej perlindungan tambahan (add-on) terbaharu yang dikenali sebagai MyRider Plus. Pelan ini direka khusus sebagai pelengkap kepada polisi Insurans atau Takaful Motosikal Komprehensif sedia ada bagi memberi manfaat yang lebih besar kepada pemilik motosikal samada berkapasiti 249 dan ke bawah atau jentera berkapasiti 250cc dan ke atas.

Ditawarkan pada kadar premium RM150 setahun atau 0.40sen sehari bagi plan MyRider Plus dan RM75 setahun (atau RM0.20 sen sehari), pakej MyRider menyediakan pelbagai kelebihan utama:
* Bantuan Tunda 24 Jam Tanpa Had: Perkhidmatan tunda kecemasan tanpa had perbatuan di seluruh Semenanjung Malaysia. Manfaat tunda percuma 50km sedia ada pada polisi asas tetap tidak terjejas).
* Manfaat Kemalangan Peribadi: Perlindungan kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal sehingga RM10,000.
* Bayaran Balik Perubatan: Bayaran balik kos perubatan sekiranya berlaku kecederaan akibat kemalangan sehingga RM2,000.
* Elaun Kesulitan: Menyediakan elaun gangguan akibat kemalangan sebanyak RM500 dan elaun banjir sebanyak RM500.

Bagi pemilik motosikal bawah 250cc, Etiqa tetap menawarkan pelan perlindungan tambahan sedia ada iaitu MyRider.

Selain itu, pelanggan yang memperbaharui insurans motosikal secara terus di platform digital layak menikmati rebat segera sebanyak 10%.

Berikut adalah perbandingan antara MyRider (basic) dan MyRider Plus;