Pakwan, nama yang tidak asing lagi dalam industri perlumbaan Malaysia Cub Prix telah menubuhkan Pakwan Fitness Academy bertempat di Nasuri Bayu 1 Sendayan Seremban, Negeri Sembilan. Pakwan mula bergiat sebagai tenaga pengajar fitness sejak tahun 2003 hingga sekarang. Para pelumba yang penah mengikuti kursus fitness bersama Pakwan termasuk Hafizh Syahrin pelumba MotoGP negara, Zulfahmi Khairuldin, Azlan Shah selaku pelumba Moto 2 negara, Nabil Jefry pelumba kereta F2, pelumba Asia dan pelumba Malaysia Cub Prix. Tidak ketinggalan juga Zamri Baba, Hafiq Azmi, Afif Amran, Fitri Ashraf Razali, Adib Azahar, Izat Zaidi, Rozaiman Said, Syafiq Rosli, Syafiq Rasol, Afiza Rofa, Zaqhwan Zaidi, Helmi Azman, Azroy Anuar, Azrul dan beberapa pelumba lain lagi serta 3 pelumba Indonesia iaitu Rafiq Topan, Galang dan Dewi Satria.
Aktiviti yang selalu dilakukan adalah joging sejauh 5km dan 10km, fitness, gym, berenang dan lain-lain lagi. Fitness ini juga merupakan salah satu aktiviti kecergasan fizikal dan mental kepada pelumba atau atlet sukan lasak. Sukan seperti ini memerlukan tenaga lebihan ketika dalam perlumbaan, Pakwan kini yang berusia 65 tahun masih aktif bergiat melakukan fitness bersama pelumba-pelumba muda di bawah bimbingannya seramai lebih 15 pelumba. Kebiasaan fitness bersama pelumba bermula seawal jam 5 petang sehingga jam 8 malam ke 9 malam. Setiap kali selepas selesai latihan fitness, Makwan menyediakan sedikit jamuan makan minum. Majoriti yang datang fitness bersama Pakwan ialah pelumba dari Cub Prix Malaysia dan pelumba Asia Road Racing Champion dalam kategori dan pasukan yang berbeza.