Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Nampak Mudah Tapi Ramai Yang Acuh Tak Acuh!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-12-22
in BULETIN, UTAMA
0

Hakikatnya, ramai yang tidak sedar bahawa penunggang motosikal terdedah kepada bahaya lebih tinggi berbanding pemandu kereta. Sebagaimana yang dapat dilihat, pemandu kereta dilindungi sangkar besi. Sementara penunggang motosikal pula terbuka kepada persekitaran tanpa halangan.

Bukan itu sahaja, sikap kurang bersemangat pihak berkuasa dalam menyediakan pusat latihan dan kemudahan yang lebih bagus untuk para penunggang motosikal. Secara tidak langsung, ia menjadi penyumbang kepada jumlah penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kematian.

Oleh yang demikian, ia terserah kepada penunggang motosikal sendiri untuk memperbaiki kemahiran (skill) penunggangan masing-masing. Banyak perkara yang boleh dilakukan, antaranya mendaftar memasuki kelas penunggangan lanjutan tetapi lazimnya ia melibatkan belanja yang penulis sendiri tak berapa mampu. Ada yang mengenakan bayaran sebanyak RM6,000 dengan kemasukan terhad dan hanya untuk motosikal berkapasiti besar.

Disebabkan itu, artikel ini disediakan untuk berkongsi tip kemahiran penunggangan dengan para pembaca yang pastinya terdiri daripada penunggang motosikal. Mungkin, ada yang beranggapan tip dikongsi dalam artikel ini hanya buang masa. Tahu tak? Sikap sebegitu juga menjadi sebab ramai orang tercedera!

Atau, ada yang komen tentang motor dan juga tayar. Adakah anda tahu, semua sekolah memandu tidak menekankan tentang tayar apa yang patut digunakan? Ini kerana, semua pengeluar tayar seperti Michelin mengeluarkan tayar bermutu tinggi dan mana-mana penunggang motor boleh menggunakannya. Jujurnya, 90% masalah motosikal berpunca daripada sikap penunggang sendiri.

Berikut, 5 tip penting yang perlu diperbaiki oleh penunggang motosikal. Tidak kiralah samada anda penunggang motosikal profesional atau menunggang motosikal sekadar ke tempat kerja. Kemahiran ini perlu ada di setiap penunggang motosikal dan kelima-lima tip ini diambil dari California Superbike School. (Ringkasan dan setiap kemahiran ini akan disiarkan dalam artikel yang berasingan kelak).

1. Visi (Penglihatan)
Visi disenaraikan sebagai kemahiran pertama kerana kebanyakan penunggang motosikal cenderung mempunyai tabiat buruk.

Motosikal pergi ke arah mana yang kita lihat. Sekiranya terus memandang kereta yang keluar di hadapan, anda akan melanggarnya walaupun ada jarak 20 meter atau ada ruang kosong di sisi untuk mengelak. Ini digelar target fixation (yang pernah dibincangkan sebelum ini) dan ia menjadi penyumbang majoriti terhadap kemalangan yang melibatkan motosikal. Jadi, latih diri untuk melihat ruang menyelamatkan diri berbanding memberi fokus terhadap bahaya yang sedang menghampiri.

Kemudian, pandang ke hadapan dan sejauh yang boleh. Ia membolehkan anda mengesan bahaya lebih awal dan mengambil langkah berhati-hati.

Selain itu, jangan lupa mengekalkan pandangan yang luas untuk menggunakan visi persisian anda. Dengan cara ini, anda boleh mengesan ruang untuk melepaskan diri. Selain itu, persekitaran jadi lebih perlahan bila anda mengekalkan visi atau penglihatan yang lebih luas.

2. Mengemudi (Steering)
Banyak perkara mitos apabila bercerita tentang mengemudi (steering). Bila kita lihat para pelumba MotoGP tergantung pada motosikal apabila memasuki selekoh, maka ramai beranggapan yang kita boleh menggunakan tubuh untuk mula mengambil selekoh.

Bagaimanapun, cara yang betul adalah dengan countersteering. Teknik ini digunakan oleh setiap pelumba dan sudah diajar sejak tahun 1970an di Amerika Syarikat.

Bagi memulakan, tolak pemegang tangan kanan untuk ke kanan dan tolak kiri untuk pergi ke kiri. Sekali lagi. Tolak kanan untuk ke kanan dan tolak kiri untuk ke kiri. Tidak, ia bukan bermaksud menekan ke bawah sebaliknya, menekan ke hadapan berlawanan dengan pemegang bar. Nak pergi lebih laju? Tolak lebih kuat dan lebih laju. Sebaliknya, tekanan yang dibuat lembut dan perlahan akan menyebabkan pusingan jadi lebih perlahan.
Countersteering berkesan untuk semua motosikal tanpa mengira jenis motosikal. Yang membezakannya hanyalah jumlah kekuatan yang diperlukan.

3. Kawalan Pendikit
Kebanyakan penunggang menganggap pendikit untuk pergi laju atau perlahan. Tak salah tapi ia lebih daripada itu. Sekiranya terus mengikut prinsip ini, silap haribulan habis dipancung throttle. Penunggang motosikal mengerah berat; mengalihkan berat ke tayar belakang ketika memecut dan begitu juga sebaliknya untuk tayar hadapan ketika menyahpecut.

Kita perlu menggolekkan pendikit dengan lancar dan secara progresif sementara memperlahankan kelajuan motor atau brek. Menutup pendikit secara mendadak mengalihkan berat ke tayar hadapan, membuatkan ia sukar untuk mengemudi motosikal.

Kawalan pendikit ini turut membantu apabila anda mahukan cengkaman yang lebih pada tayar. Kawalan pendikit yang lancar membolehkan tayar menggunakan berat motosikal yang dialihkan dengan efektif. Ianya sangat berguna terutamanya ketika menunggang dalam keadaan hujan.

Kawalan pendikit merupakan faktor kritikal jika tayar mula menggelincir. Jika brek ketika tayar menggelincir, anda akan berlanggar sesuatu. Sebaliknya, menutup throttle dengan lancar atau menambahkan pendikit perlahan-lahan akan membuatkan tayar berhenti dengan lancar. Kalau anda menghentam pendikit untuk menutupnya, ia akan terus tergelincir.

4. Brek
Satu lagi kemahiran yang tidak diambil peduli, membrek .

Semua motosikal dilengkapi dengan sistem brek terbaik dengan sistem elektronik seperti ABS, cornering ABS, kawalan tayar belakang dan macam-macam lagi. Masalahnya, kebanyakan penunggang motosikal menganggap tuil brek sebagai suiz tutup dan buka. Apabila ada lopak atau jalan berlubang di hadapan, ramai menekan pedal brek belakang dan menarik tuil brek depan tanpa berfikir banyak yang membuatkan bahagian depan motosikal menjadi lebih berat.

Tindakan membrek yang lebih progresif akan memperlahakan motosikal dengan lebih efektif kerana berat tidak dialihkan ke bahagian tayar secara mendadak. Ini membolehkan anda mengawal motor dengan lebih baik.

5. Posisi Badan
Berapa kali anda lihat, penunggang motosikal dengan tangan yang lurus dan peha terbuka?

Sebaliknya, kita perlu menunggang dalam keadaan yang lebih tenang tanpa memberi tekanan ke atas tangan dan juga badan.

Genggang pemegang bar dengan kuat tetapi bukan sehingga tulang buku jari menjadi putih. Seterusnya, mengendurkan siku, bahu dan leher. Kekalkan bahagian badan atas longgar dengan menggunakan bahagian bawah di belakang untuk menyokong berat.

Jangan duduk terlalu hampir dengan tangki bahan api. Kekalkan jarak di antara kelangkang dan tangki bahan api yang membuatkan badan bebas bergerak.

Kesimpulan
Setiap kemahiran ini hanya sekadar asas. Kami akan menerbitkan dengan lebih terperinci untuk setiap kemahiran yang sudah disenaraikan. Buat masa ini, anda boleh mula praktis setiap tip.

Previous Post

Lebih Power Dan Lebih Jimat

Next Post

MForce Menawarkan Bantuan Kepada Pelanggan Yang Terjejas

Next Post

MForce Menawarkan Bantuan Kepada Pelanggan Yang Terjejas

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved