Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Merangkap Sejarah Motosikal Yamaha yang Pertama (Bahagian 2)

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-07-10
in BULETIN, UTAMA
0

Kami telah memaparkan Bahagian 1, jadi inilah Bahagian 2 serta penutup untuk artikel ini. Setelah prototaip YA-1 dihasilkan, jurutera-jurutera Nippon Gakki menjalankan ujian tahan lasak ke atasnya. Kawakami kemudiannya memberikan lampu hijau untuk meneruskan pembuatan model itu setelah ia lulus ujian 10,000 km pada tahun 1955.

Bahagian pembuatan motosikal ini pula dipisahkan daripada syarikat induknya dan dinamakan Yamaha Motor Company pada 1 Julai 1955. Nama itu dipilih sebagai tanda hormat kepada pengasas syarikat itu. Motosikal Yamaha YA-1 mula dikeluarkan pada tahun itu juga dalam kuantiti sebanyak 200 unit sebulan.

Promosi untuk model Yamaha YA-1
Seperti pembuat motosikal Jepun yang lain, Yamaha tahu bahawa cara untuk menunjukkan kekuasaannya ialah melalui acara perlumbaan. Oleh yang demikian, mereka mengambil bahagian di dalam perlumbaan Mount Fuji Ascent Race (Perlumbaan Mendaki Gunung Fuji). Pelumba-pelumba hendaklah mendaki gunung tersebut sehingga 3776 m. Hanya motosikal produksi sahaja yang dibenarkan untuk mengambil bahagian jadi ia merupakan perlumbaan yang paling berprestij pada masa itu. Namun laluan yang mereka ikuti itu merupakan jalan yang tidak berturap.

Para pelumba untuk Yamaha mula melakukan latihan di atas litar 24 km itu untuk beberapa hari sebelum perlumbaan dilangsungkan agar mereka dapat menyesuaikan diri.

Enjin motosikal ini menghasilkan 5.5 hp tapi penggunaan ekzos DKW yang baharu memberikan tambahan 0.5 hp. Selain daripada itu, Yamaha juga menggunakan palam pencucuh dengan julat haba yang lebih sejuk serta petrol yang beroktana tinggi untuk memberikan penambahan kuasa.

Setiap pelumba dilepaskan secara berpasangan dengan beza masa 30 saat. Akhirnya, penunggang Yamaha, Teruo Okada memenangi perlumbaan itu di hadapan sebuah Honda Benly. Tambahan lagi, terdapat lima penunggang Yamaha di dalam tempat ke-10 teratas.

Seterusnya, pasukan Yamaha mengambil bahagian di dalam perlumbaan Asama Highlands Race (Perlumbaan Tanah Tinggi Asama) pula. Nama rasmi untuk acara ini ialah Japan Motorcycle Endurance Race (Perlumbaan Lasak untuk Motosikal Jepun). Berbeza dengan perlumbaan sebelumnya, ia hanya terbuka kepada jentera yang dikhaskan untuk perlumbaan.

Setiap pelumba dikendaki memulakan perlumbaan daripada kaki Gunung Asama dan mendaki jalan tidak berturap sepanjang 19 km ke Ladang Asama, dan berputar balik ke bawah sebanyak 4 pusingan.

Di akhir perlumbaan, penunggang-penunggang Yamha YA-1 menduduki empat tempat teratas.

Nama Yamaha mula terkenal dengan keputusan dua perlumbaan ini dan pembeli mula mencari model YA-1. Yamaha menghasilkan 2,272 YA-1 di hujung tahun 1955, tetapi telah menghasilkan sebanyak 11,088 unit pada akhir tahun 1957. Ingat, motosikal masih dipasang dengan tangan dan bukan dengan mesin pada masa itu. Sejak itu, Yamaha telah menghasilkan sebanyak 250,000 motosikal setahun menjelang 1966.

Tahun 1966 juga merupakan masa Yamaha melancarkan enjin V-empat dua-lejang.

Previous Post

Tampil Dengan Varian Dan Warna Baharu Untuk Tahun 2022

Next Post

Pulley Roller Set Untuk Motosikal NVX155 & XMAX250

Next Post

Pulley Roller Set Untuk Motosikal NVX155 & XMAX250

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved