Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Honda C70 atau Suzuki Belang?

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-03-15
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kejuruteraan terhebat abad ke 20 seringkali meletakkan nama Karl Benz sebagai bapa pembangunan automotif moden. Henry Ford kemudiannya menjadikan kereta Ford Model T sebagai sebuah keajaiban dunia pengangkutan moden sementara Ferdinand Porsche tercatat sebagai lagenda pembuatan kereta ekonomikal. Ia diiktiraf dalam bidang kejuruteraan automotif tetapi tahukah anda perubahan sebenar dalam dunia motosikal tidak datang pada awal kurun 1900?

Ya. Soichiro Honda yang mencipta model asal Honda cub 50 (atau tepatnya super cub) pada 1958 telah menjadikan Beetle sebagai garis panduannya. Beliau percaya jika Ferdinand Porsche boleh menjadikan Beetle sebagai kereta rakyat yang murah untuk dibeli dan dihasilkan, maka teori tersebut terpakai dalam projek Honda Cubnya. Tanpa ragu-ragu beliau melabur sejumlah wang yang besar membina kilang motosikal paling besar di dunia di wilayah Sizuka pada 1960. Ternyata ia menjadi antara pelaburan paling berjaya dalam sejarah.

Lebih 70 juta motosikal ini terjual sejak diperkenalkan kali pertama dan pelbagai versi dihasilkan namun asasnya tetap sama. Enjin 1 selinder, 4 lejang sejukan udara dan badan monocoque dengan rekabentuk moped underbone. Sebahagian besar kita mengenali Boon Siew Honda, satu kerjasama penting yang kekal wujud sehingga ke hari ini. Honda cub memang sangat popular dari banyak aspek sehinggalah muncul era pengubahsuaian yang mana ia tetap menjadi sebahagian dari warna penting industri ini.

Selain dijadikan ikon pengubahsuaian klasik, motosikal ini juga pernah diubahsuai hingga menjadi rupabentuk superbike, easy rider dan juga motorcross. Versatili ini membuatkannya dipercayai dalam banyak projek dan kunjungan kami ke Sabah tidak lama dahulu menemukan krew kami dengan spesis yang luar biasa. Sebuah model C90 yang diubah menjadi gabungan model Suzuki Belang dan Honda Wave.

Lo Soo Phin adalah antara generasi yang mempopularkan pengubahsuaian motosikal daerah Kinabatangan, Sabah. Memiliki bengkel sendiri memberikannya kelebihan untuk membuat apa yang disukainya. Peringkat permulaan projek motosikal ini ialah menjadikannya boleh dipercayai. Justeru, beliau menggantikan banyak bahagian enjin C90 tersebut kepada generasi baru Honda EX5–100. Penyuap bahanapi karburetornya dipasangkan dari unit karburetor Honda Wave. Penutup enjin di kedua—dua sisinya adalah dari EX5 generasi baru yang membuatkan enjin ini kelihatan lebih moden berbanding usianya di atas geran.

Keunikan motosikal ini lebih terserlah bila kerja-kerja pembikinan badannya bermula. Asas dari pembuatannya ialah mengubah bentuk supercub menjadi sebuah yang berbeza. Fairing plastik asal ditanggalkan dan digantikan dengan fairing penuh badan mengikut rekaan Suzuki Belang. Sebenarnya, bentuk begini sudah wujud lama pada era Honda Hurricane dan Kawasaki KX90 di era awal 90-an dulu. Namun yang demikian, Lo Soo Phin membuatkannya lebih menarik dengan garis badan yang diperluaskan kepada rekaan yang menempatkan beberapa komponen audio.

Badan buatan gentian kaca ini diselimutkan dengan efek gentian karbon. Penggunaan kerusi tunggal menyerlahkan aspek sporty secara keseluruhan di samping beberapa pemasangan peralatan penting lain yang juga mengubah terus rupa paras Honda Cub ini. roda berjejari asal digantikan dengan rim aloi dengan perumah LC135 depan belakang lengkap bersama sistem brek aftermarket yang cukup besar. Rim bersalut krom ini tergantung di atas sistem pengendalian mono yang diubahsuai kepada kerangka cub ini. Bahagian hadapan jenis buai digantikan dengan jenis independent yang turut diambil dari Yamaha LC135. Pemijak asal dinaikkan dengan pemadanan perehat kaki perlumbaan.

Kita dapat melihat bahawa motosikal begini di petak pertandingan dan pameran sahaja. Walaupun dibina selaju mana pun, rata-rata pemiliknya hanya mengkhaskannya untuk pertandingan sahaja. Walaupun pada sesetengah orang ia nampak membazir tetapi percayalah, jika minat mendahului segalanya, anda boleh berhabis puluhan ribu untuk mendapatkan hasil seunik ini.

Previous Post

Hard RocX Enduro Race Kemensah 2019

Next Post

Honda EX5, Sentuhan Magis Din Tegar

Next Post

Honda EX5, Sentuhan Magis Din Tegar

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved