Helmet R2, Kini Di Pasaran



Kebanyakan penunggang motosikal lebih banyak yang berfikiran matang dan lebih mengutamakan kualiti serta keselamatan berbanding segelintir yang mementingkan gaya, jenama dan juga harga. Golongan ini bukan sahaja memahami keperluan penggunaan dan pemakaian topi keledar atau helmet sebagai pelindung kepala, malah sangat cerewet dalam memilih yang selesa, selamat dan dijual pada harga yang berpatutan.

Terkini, satu lagi jenama helmet telah pun berada di pasaran. Helmet Aces ini diedarkan oleh Great Wall Accessories (M) Sdn. Bhd. untuk pasaran Malaysia. Walaupun baru, helmet Aces mempunyai kualiti sebaris jenama-jenama sedia ada yang membanjiri pasaran pada hari ini. Antara helmet yang ditawarkan di pasaran adalah helmet jenis muka terbuka dengan visor (open face with visor) model R2.

Sepertimana jenama-jenama lain, helmet R2 dari Aces ini juga memenuhi standard dan diluluskan oleh SIRIM. Didatangkan dalam saiz L, visor yang dilengkapi bersama helmet R2 mempunyai visor dua ton untuk siang dan malam. Selain itu, ia juga mempunyai sistem pengekalan di mana pengetat tali helmet ini mudah serta pantas dilepaskan.

Bagi keselesaan penunggang, helmet Aces menggunakan muatan pelapik dalam yang selesa, sistem pengalihan udara serta sistem penukaran visor yang mudah. Helmet R2 dari Aces ini boleh didapati dalam pelbagai pilihan warna seperti :-
– hitam (HELS70 AC01),
– putih (HELS70 AC02),
– merah (HELS70 AC03),
– biru (HELS70 AC04),
– hitam pusam – black matte (HELS70 AC05),
– merah pusam – red matte (HELS70 AC06),
– biru pusam – blue matte (HELS70 AC07),
– kelabu pusam – grey matte (HELS70 AC08),
– perak (HELS70 AC09), kuning (HELS70 AC10),
– emas (HELS70 AC11)
– cyan gelap (HELS70 AC12).

* Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Wrench Riders Collection
No.10, Jalan 5/32A, Off Batu 6 1/2,
Jalan Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Wechat: henghuan6163 / EDDIE 0124880918
FB: https://www.facebook.com/Aces-Helmets-112605470435228
FB: https://www.facebook.com/ih.elmet
Whatsapp: Lucas 017-871 2775 / Lee 012-399 2259
Tel: 603 6252 0115
Email: henghuanmsb@yahoo.com