GSX-8T dan GSX-8TT direka berteraskan falsafah “Retro Spirit, Next Generation Performance”, yang menggabungkan gaya klasik dengan teknologi moden. Sekali pun terdapat persamaan di antara kedua-dua model ini, masih ada perbezaan yang dapat dilihat dengan mata kasar.
Dua model yang sama ini dibezakan pada penampilan aksesori luaran sahaja. Anda boleh saksikan bahawa GSX-8T nyata lebih ringkas berbanding GSX-8TT yang lebih padat dengan keterampilan fairing di bahagian lampu depan, pelindung cover enjin di bahagian bawah, jahitan pelana tempat duduk yang lebih menawan dan berat yang lebih 2 kilogram
Kedua-dua model ini masih dikuasakan oleh enjin sama 776cc Parallel-Twin DOHC yang dibangunkan di bawah platform generasi baharu Suzuki bagi menawarkan prestasi cekap, kawalan mudah dan keselesaan tunggangan harian.
Model GSX-8T diinspirasikan daripada Suzuki T500 Titan, motosikal naked berprestasi tinggi era 1960-an. Reka bentuknya diserlahkan dengan tangki bahan api yang kontras bersama bahagian belakang berwarna hitam matte, serta logo timbul 3D pada fairing sisi yang diinspirasikan daripada simbol “eight ball”.
Hasilnya ialah rekaan yang mengekalkan semangat retro tetapi tampil moden dan kemas. Ia turut dilengkapi dengan sistem Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.), sistem pendikit Ride-by-Wire throttle, Bi-directional Quick Shifter, dan sistem brek dua cakera (saiz 310mm) dengan Dual ABS dan cakera tunggal (240mm) di belakang bagi memastikan tunggangan lebih responsif dan selamat.
Sementara itu, GSX-8TT pula dibangunkan berasaskan model 8T dengan sentuhan rekaan motosikal perlumbaan jalanan Suzuki dari era 1970-an dan 1980-an seperti GS750 dan GS1000.
Ia menampilkan cowl lampu hadapan dan bahagian bawah (Under Cowl) yang menyerupai model klasik Suzuki, manakala fork hadapan hitam, rel tempat duduk kelabu, serta hiasan jalur berwarna kontras sekaligus memberi imej premium dan sporty.
Huruf “TT” membawa maksud “Timeless”, menggambarkan kebangkitan semula gaya klasik dalam bentuk moden. GSX-8TT juga turut dilengkapi dengan pilihan mod tunggangan sistem SDMS dengan kawalan cengkaman (traction control), serta tangki bahan api 16.5 liter bagi memenuhi keperluan tunggangan jarak jauh mahupun jalanraya luar bandar.
Model GSX terbaharu ini turut dilengkapi dengan panel meter jenis TFT berwarna pada saiz 5-inci, cermin sisi pandang belakang gaya retro, pelana tempat duduk yang eksklusif dan perendam bunyi dengan warna stainless steel.
Seperti mana tagline model ini, ‘Retro Spirit, Next Generation Performance’ beberapa kemudahan turut disediakan antaranya sistem quickshifter, mod tunggangan dengan tiga pilihan iaitu Mode A disediakan bagi mereka yang suka corak agresif, Mode B perjalanan lebih santai dan Mode C bagi mengharungi suasana hujan.
Kehadiran GSX-8T dan GSX-8TT ini membuktikan usaha berterusan Suzuki dalam memenuhi permintaan pasaran motosikal kelas pertengahan yang semakin berkembang, di samping memperkukuh kerjasama jangka panjang bersama Suzuki Motor Corporation Jepun dalam menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk pelanggan tempatan di Malaysia.
Kedua-dua model Suzuki (GSX-8T dan GSX-8TT) kini boleh didapati di semua Suzuki Big Bike World di seluruh negara dengan pilihan warna berbeza. Untuk model GSX-8T tiga pilihan warna yang disediakan iaitu Metallic Mat Steel Green, Candy Burnt Gold dan Metallic Mat Black sementara bagi model GSX-8TT dua pilihan warna disediakan iaitu Glass Sparkle Black dan Pearl Mat Shadow Green.
Spesifikasi GSX-8T & GSX-8TT
Jenis Enjin: 4 lejang, 2 silinder, sejukan cecair, DOHC
Bore x Lejang: 840mm X 70.0mm
Nisbah Ratio: 12.8:1
Sistem Pembakaran: Suntikan Bahan Api
Sistem Penghidup: Elektrik
Sistem Penyalaan: Penyalaan Elektronik
Trasmisi: 6-kelajuan constant mesh
Suspensi
Sistem Brek
Depan: Cakera Berkembar
Belakang: Cakera
Saiz Tayar
Depan: 120/70ZR17M/C (58W) tanpa tiub
Belakang: 180/55ZR17M/C (73W) tanpa tiub
Panjang Keseluruhan: 2,115mm
Ketinggian: 1,105mm
Lebar: 775mm
Kelegaan Bumi: 145mm
Ketinggian Tempat
Duduk: 815mm
Berat Bersih: 201kg/203kg
Kapasiti Minyak: 16.5L
Kapasiti Minyak Hitam: 3.9L