Disahkan CEO, Bakal Menjadi Pengeluar Motosikal Elektrik Penuh

Harley-Davidson bakal menjadi mengeluarkan model-model motosikal elektrik sekali gus menjadikan motosikal elektrik sebagai pengeluaran biasa. Beralih arah sepenuhnya dalam menghasilkan motosikal elektrik, mungkin ramai yang tidak menyangka tetapi hakikatnya industri motosikal ini akan mendominasi. Cepat atau lambat sahaja penerimaan atau idea untuk menjadi pengeluar motosikal elektrik sepenuhnya.

Berita ini disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Harley-Davidson, Jochen Zeitz. Bukan sesuatu yang mengejutkan sekiranya Harley-Davidson ingin membina motosikal-motosikal elektrik penuh khususnya selepas LiveWire dicipta. Jika diperhatikan, ia adalah cebisan dari beberapa jenama tetapi motosikal e-cycles Harley-Davidson pada masa hadapan bukan seperti itu.

Namun, peralihan ini bakal mengambil masa yang panjang. Mungkin juga berdekad-dekad sehinggalah kesemuanya menjadi motosikal elektrik. Tidak perlu risau jika anda mahukan motosikal Harley-Davidson dengan enjin pembakaran dalaman pada tahun 2030. Mungkin juga, sebahagian penawaran yang lain akan dapat diperolehi pada tahun 2024.

Menurut Jochen lagi, perubahan tersebut perlu diambilkira untuk tempoh masa panjang. Dalam erti kata yang lain, CEO sendiri cuba untuk mengelak setiap kali pertanyaan ini yang disoalkan. Beliau enggan menjawab bila barisan EV baharu dari Harley-Davidson bakal dikeluarkan atau tiba di bilik-bilik pameran. Jika ianya berlaku, pasti akan riuh rendah sebaik sahaja berita ini disahkan!

Bercerita tentang jenama LiveWire yang ‘lahir’ di tengah-tengah persiapan untuk tempoh peralihan yang dimulakan sejak tahun 2018 dengan motosikal elektrik pertama dari jenama Milwaukee. Ada khabar angin mengatakan, terdapat ruang untuk kedua-duanya dijual samada untuk e-bike atau produk di bawah jenama

Bagaimanapun, apa yang jelas adalah tahun 2023 ini menyaksikan ulang tahun ke-120 jenama Harley-Davidson dan jenama gergasi ini terus bersemangat untuk menjayakan lagi legasi ini.

Sumber : rideapart