Dirasmikan pada April lalu, Z250 ABS merupakan jentera supernaked ringan terbaharu dalam siri Z Kawasaki yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia oleh Kawasaki Motors (M) Sdn. Bhd. Direka menjadi sebuah jentera Supernaked sebenar seiring dengan reputasi yang mengujakan, Z250 ABS dengan gaya baru yang lebih agresif. Diilhamkan dari gaya Sugomi dari model-model siri Z terdahulu serta menggabungkan wajah baru pada Z650 ABS agar tampil lebih maskulin, lincah dan agresif.
Model Z250 ABS telah dikemaskini khususnya dari segi keseimbangan reputasi dan pengawalan yang lebih cemerlang dengan pemasangan enjin 249cm³ baru. Enjin ini menawarkan peningkatan reputasi pada semua RPM dengan kuasa yang telah diperhebatkan: 27.5kW untuk Z250 ABS, lebih 4.5kW berbanding model terdahulu Z250 2018. Lebih lancar dengan tindak balas yang boleh dijangka serta enjin mudah kawal. Reputasi yang diperhebatkan ini adalah ekoran dari karburator alir turun baru yang didatangkan bersama kotak udara yang luas, meningkatkan pengambilan udara yang lebih efisien.
Lebih ringan berbanding model lama, casis baru yang dipasangkan pada model Z250 ABS ini bersaiz lebih kecil sekali gus memudahkan penunggangan dan senang dikawal, sesuai untuk penunggang baru mahupun lama. Selain itu, model Z250 ABS ini turut dilengkapi dengan kerangka jenis Trellis (sama dengan model Ninja H2) dan membantu meringkankan berat sebanyak 5 kilogram berbanding model Z250 2018.
Dari segi ergonomik pula, posisi tegak tunggangan dan bar pemegang yang lebih luas, meletakkan penunggang dalam posisi yang sesuai untuk kawalan aktif dan penunggangan yang sporty. Dengan ketinggian tempat duduk 785mm, diikuti rekaan nipis kedua-dua tempat duduk dan enjin di bahagian belakang, memberikan garis yang jelas untuk penunggang meletakkan kaki di atas tanah. Tangki yang lebih nipis di tengah-tengah kaki penunggang, memberikan ruang yang selesa untuk penunggang dan motor. Oleh itu, tangki dengan kapasiti 14 liter ini antara faktor yang menyumbang pengurangan berat, yang membolehkan penunggang menggunakannya untuk tunggangan harian dan juga touring.
Dilengkapi dengan instrumen yang lebih kurang sama dengan Z650 ABS, model Z250 menawarkan posisi indikator yang mudah dibaca ketika menunggang. Takometer didatangkan dengan 3 pilihan mode mengikut kesesuaian penunggang. Sebagai penambahan, Economical Riding Indicator (indikator tunggangan ekonomik) ada pada skrin LCD untuk menunjuk penggunaan petrol. Model ditawarkan hanya dalam satu pilihan iaitu Candy Lime Green pada harga RM21,998.00 tidak termasuk cukai jalan dan insurans.